Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
201) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah proses pemilihan ahli lembaga pengarah?
Proses pemilihan ahli lembaga pengarah bagi setiap Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
BIL ANAK SYARIKAT / BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PROSES PEMILIHAN AHLI LEMBAGA PENGARAH 1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah PKNS tertakluk kepada Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964, No. 4 tahun 1964 – rujuk Bahagian II Klausa 4. (1)
2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Pemilihan Ahli Jemaah PKPS adalah berdasarkan kepada Enakmen PKPS Tahun 1972 pindaan Tahun 2005 yang menyatakan bahawa : (2) Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut :
a) Seorang Pengerusi yang hendaklah pada masa itu memegang jawatan Menteri Besar Negeri Selangor;
b) Seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selagor;
c) Dua orang ahli ex-officio yang hendaklah pada masa
itu memegang jawatan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri
Selangor; d) Tidak lebih dari lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri Besar daripada mana-mana orang yang telah menunjukkan kebolehan dan mempunyai pengetahuan dalam perkara yang berhubung dengan pertanian, pemasaran kewangan, pentadbiran, penyelidikan, pembangunan hartanah, pembuatan atau dengan cara lain sesuai untuk pelantikan itu berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan khas mereka; dan
e) Tiga orang wakil daripada Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Perdana Menteri atau mana-mana menteri yang dinamakan olehnya.
3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001, komposisi Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: (a) Menteri Besar sebagai Pengerusi;
(b) Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi;
(c) Tiga (3) orang wakil dari Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu:
i. Pegawai Kewangan Negeri
ii. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
iii. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan,
Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
(d) Tiga (3) orang wakil dari Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Menteri:
i. Kementerian Kewangan
ii. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
iii. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
(e) Seorang wakil dari pemaju-pemaju perumahan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri ; dan
(f) Dua (2) orang wakil dari pertubuhan-pertubuhan professional berkaitan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Pelantikan wakil Kerajaan Negeri adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri manakala pelantikan wakil Kerajaan Persekutuan adalah tertakluk kepada Menteri daripada Kementerian yang berkaitan. Keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah LPHS bagi wakil-
wakil pemaju dan pertubuhan professional adalah
selama dua (2) tahun berdasarkan sesi penggal. 4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) i) Mengikut Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah ditawarkan dalam Warta Kerajaan No.5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No.29,2011 (pindaan), keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri seorang Pengerusi, seorang Tembalan Pengerusi, empat (4) ahli atas nama jawatan dan tidak kurang daripada enam (6) orang ahli yang lain hendaklah dilantik oleh Raja dalam Majlis.
ii) Selain daripada yang tersebut dalam perenggan 2.1 diatas, Enakmen ini memperuntukan empat (4) keahlian berikut atas nama jawatan, iaitu:- 1. Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakil 2. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Malaysia 3. Wakil Perpustakaan Negara Malaysia 4. Wakil Persatuan Pustakawan Malaysia 5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Seperti di Lampiran A. 6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Pelantikan ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) adalah berdasarkan kepada Seksyen 4, Enakmen LUAS 1999. Seksyen 4 Enakmen LUAS 1999 menetapkan keahlian mengikut jawatan-jawatan seperti berikut;
i. Pengerusi – YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor ii. Timbalan Pengerusi – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iii. Setiausaha – Pengarah LUAS iv. Ahli – Pegawai Kewangan Negeri Selangor – Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor – 2 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik oleh YAB Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor
– Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia – 5 orang yang dilantik yang mempunyai kepakaran tinggi di dalam pengurusan sumber air 7 Yayasan Selangor Perlantikan Ahli Lembaga seperti yang telah dinyatakan dalam Memorandum & Articles Yayasan Selangor. Bagaimanapun, Pengerusi (YAB Dato Menteri Besar) ada budi bicara penuh untuk melantik pihak lain menjadi Ahli Lembaga. Proses pelantikan adalah secara Circular Resolution atau diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. 8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:- i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
9 Permodalan Negeri Selangor Berhad Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:- i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:- i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
11 Tourism Selangor Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:- i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
12 Communication Corporation Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:- i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
13 Rantaian Mesra Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk/pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah: i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Perlantikan Ahli Lembaga seperti yang telah dinyatakan dalam Memorandum & Articles Yayasan Selangor. Bagaimanapun, Pengerusi (YAB Dato Menteri Besar) ada budi bicara penuh untuk melantik pihak lain menjadi Ahli Lembaga. Proses pelantikan adalah secara Circular Resolution atau diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
15 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (MSNS Holdings Sdn Bhd) Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk/pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah: i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu. 16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad Menurut Artikel 76 Tataurusan Syarikat KDEB, sementara Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(Enakmen No. 3, 1994) memiliki kawalan kepentingan di dalam Syarikat, jawatan Pengerusi Syarikat akan disandang oleh Menteri Besar Selangor. Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri akan menjadi Lembaga Pengarah bagi mewakili kepentingan Kerajaan Negeri dan kedudukan mereka sebagai ahli Lembaga Pengarah akan gugur secara automatik apabila mereka menamatkan perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri. Sementara itu, bagi perlantikan pengarah tambahan pula, pencalonan akan dibuat oleh Pejabat Menteri Besar Selangor untuk diluluskan oleh Lembaga Pengarah KDEB.
17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd Proses Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat adalah ditentukan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku syarikat induk / pemegang saham. Proses pemilihan Ahli Lembaga Pengarah secara amnya adalah:- i) Non-independent – pengarah yang dilantik bagi menjaga kepentingan negeri;
ii) Independent – pengarah yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
18 Invest Selangor Berhad Invest Selangor Berhad yang dahulunya dikenali sebagai SSIC Berhad telah ditubuhkan pada 22hb April 1999 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb Jun 1999. Memorandum And Articles Of Association syarikat telah merekodkan bahawa perlantikan Ahli Lembaga Pengarah (First Directors) Invest Selangor Berhad adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor yang memegang jawatan seperti berikut :
i. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
ii. YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
iii. YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Selangor
iv. Y.Bhg Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ( Pembangunan )
v. Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor vi. Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad
Nota:
Keahlian Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Invest Selangor Berhad telah digantikan dengan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan )
Kertas Ringkasan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Invest Selangor Berhad Bil 3/2014 yang diadakan pada 17hb November 2014 yang lalu telah menyatakan dengan jelas berhubung perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Invest Selangor Berhad adalah secara automatik berdasarkan kepada penjawatan kakitangan tersebut.
19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Pemilihan Ahli Lembaga Pengarah YAWAS adalah berdasarkan kehendak yang dinyatakan dalam “Memorandum and Articles Of Association” YAWAS. Bagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Bebas) dipilih berdasarkan kelayakan dan pengalaman dalam bidang professional masing-masing. 20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Proses pemilihan ahli lembaga pengarah berdasarkan jawatan seperti terkandung dalam memorandum dan artikel syarikat. -
Adakah kerajaan negeri akan mendedah secara umum gaji, elaun serta semua kemudahan yang diterima oleh setiap ahli lembaga pengarah di badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat Negeri Selangor? Mengapa?
Ahli Lembaga Pengarah mempunyai tugas-tugas fudisiari yang merupakan tugas yang berat dalam menguruskan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan. Tugas fudisiari seorang Ahli Lembaga Pengarah antaranya adalah:
Tidak menggunakan kedudukannya sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya khususnya menyalahgunakan sebarang wang, harta atau
Tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan badan tersebut.
Tidak menyerahkan tugas fudisiari kepada pihak
Menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh serta dengan kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya dan jika perlu mendapatkan nasihat ikhtisas mengenai perkara
Setiap GLC mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan pengurusan syarikat mengikut etika Code of Corporate Governance yang telah diwujudkan bagi menentukan hala tuju strategik syarikat mengikut acuan sendiri.
Oleh yang demikian, sebarang maklumat berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan GLC ini tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memelihara kod etika urus tadbir korporat masing-masing. Tambahan pula, maklumat terperinci berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan bagi pengurusan atasan GLC ini merupakan perkara-perkara yang menyentuh kerahsiaan dan maklumat peribadi individu yang berhak untuk tidak didedahkan kepada mana-mana individu / pihak yang tidak berkenaan.
Walaupun GLC ini merupakan entiti yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, pendedahan maklumat peribadi pihak pengurusan atasan terutamanya yang berkaitan dengan gaji, bonus dan faedah-faedah perkhidmatan adalah dianggap sulit dan rahsia. Walaupun Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 boleh digunakan untuk setiap individu hak untuk mengakses yang munasabah ke atas sebarang maklumat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor, perkara berkaitan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan ini tertakluk kepada pengecualian maklumat seperti yang termaktub dalam Seksyen 14, Enakmen yang sama.
Namun begitu, sekiranya Y.B. Ahli Dewan Negeri masih ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan perkara ini, maka Y.B. Ahli Dewan Negeri bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar. Jawapan hanya akan diberikan secara umum sahaja kepada Y.B. yang bertanya sahaja.
-
Bagaimanakah kemudahan ahli lembaga pengarah ditetapkan?
Kemudahan ahli lembaga pengarah bagi setiap Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor ditetapkan berdasarkan perkara-perkara seperti berikut:-
BIL ANAK SYARIKAT / BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEMUDAHAN AHLI LEMBAGA PENGARAH
1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan (MJKK) dan diluluskan diperingkat Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKNS. 2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Bagi Ahli-ahli Jemaah PKPS, kemudahan yang diterima hanyalah berupa elaun kehadiran mesyuarat pada kadar Selangor (PKPS) RM800/mesyuarat, manakala bagi Pengerusi PKPS pula, kadar elaun kehadiran mesyuarat adalah sebanyak RM1,000/mesyuarat. Selain daripada elaun kehadiran mesyuarat, Pengerusi juga turut menerima elaun bulanan sebanyak RM4,000/bulan. Kemudahan ini telah digunapakai sejak awal penubuhan PKPS iaitu di bawah Seksyen 3, Bahagian 8, Enakmen PKPS Tahun 1972 yang menyatakan bahawa:
“Maka bolehlah dibayar kepada tiap-tiap seorang ahli atau seorang ahli jawatankuasa Perbadanan daripada kumpulan wang apa-apa elaun termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup sebagaimana yang diputuskan oleh Perbadanan dari masa ke semasa tertaklok kepada apa-apa had dan syarat sebagaimana yang diarahkan oleh Raja dalam mesyuarat”.
3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Kemudahan yang telah ditetapkan adalah elaun kehadiran sebanyak RM500.00 bagi setiap kali persidangan di mana mesyuarat bersidang 4 kali setahun. 4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) a) Tiada kemudahan yang diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah. Mereka hanya mendapat elaun kehadiran mesyuarat sahaja yang ditetapkan sebagaimana berikut:
Jawatan Elaun Kehadiran Mesyuarat Pengerusi RM 600.00 Timbalan Pengerusi RM 300.00 Ahli RM 300.00 5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Kemudahan ahli lembaga pengarah adalah ditetapkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PADAT. 6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Kemudahan ahli Lembaga Pengarah LUAS ditetapkan dan diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2003. Elaun Kehadiran ahli Lembaga Pengarah LUAS yang diputuskan adalah seperti berikut; i. Pengerusi – RM 800
ii. Ahli – RM 400
7 Yayasan Selangor Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) tidak menerima sebarang kemudahan kecuali pemberian elaun kehadiran mesyuarat. 8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 9 Permodalan Negeri Selangor Berhad Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 11 Tourism Selangor Sdn Bhd Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 12 Communication Corporation Sdn Bhd Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 13 Rantaian Mesra Sdn Bhd Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan) 14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 15 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (MSNS Holdings Sdn Bhd) Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad Kemudahan ahli pengarah akan dibentangkan dalam mesyuarat ahli pengarah untuk kelulusan. Kemudahan yang ditawarkan akan dipastikan ianya kompetitif untuk menarik bakat yang sesuai untuk syarikat. 17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui manfaat yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk pertimbangan dan kelulusan manakala Yuran Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan Pemegang Saham (bagi yang berkaitan). 18 Invest Selangor Berhad b) Faedah dan kemudahan yang diberikan kepada ahli lembaga pengarah Invest Selangor Berhad ditetapkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Setiap Ahli Lembaga Pengarah hanya menerima elaun seperti berikut: i. Elaun Kehadiran Mesyuarat
ii. Yuran Tahunan Ahli Lembaga Pengarah
19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah ditetapkan melalui keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah YAWAS. 20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Tiada sebarang kemudahan diberikan.