Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

32) Agrosel

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah fungsi sebenar Agrosel dan berapakah jumlah peruntukan dan juga aset semasa Agrosel ini dan sejauh manakah Agrosel telah berjaya membantu para petani di Negeri Selangor?

    Agrosel (Pertubuhan Agroprenuer Selangor) merupakan badan bukan kerajaan bersifat korporatif berasaskan pertanian. Tujuan utama penubuhan Agrosel adalah untuk mengumpulkan usahawan-usahawan pertanian (agroprenuer) dalam pelbagai bidang usaha dan membentuk satu kesatuan dalam membangunkan industri pertanian di Selangor. Agrosel berjaya memupuk semangat kesatuan di kalangan agroprenuer muda dan membantu dalam ahlinya terlibat di dalam rantaian nilai sektor pertanian. Tiada dana khusus bagi Agrosel tetapi banyak ahli-ahli Agrosel mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan UPEN mengikut keperluan dan kewajaran projek yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.