Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
156) AGROPENEUR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pelaksanaan dan cara agihan bantuan Agropeneur Selangor kepada golongan anak muda yang berminat di dalam bidang pertanian ini.
Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan sektor pertanian terus menjadi suatu sektor yang diminati khususnya golongan muda dengan mewujudkan Program Agropreneur Muda Selangor (AMSEL).
Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri telah berjaya memperkasakan ramai agropreneur muda dengan melalui bantuan peralatan dalam pelbagai sektor seperti tanaman, penternakan dan akuakultur. Antara syarat penyertaan program ini adalah peserta telah mengusahakan projek lebih satu tahun di dalam Negeri Selangor serta bermur 18 tahun ke atas. Begitu juga dengan pelaksanaan program seminar dan kursus yang berkaitan dengan sektor pertanian telah berjaya menarik kehadiran golongan muda dari seluruh Negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah penerima yang telah berjaya mendapat bantuan ini pada tahun 2022 dan sehingga tahun 2023.
Jumlah penerima Program Agropreneur Muda Selangor bagi tahun 2021 adalah seramai 10 orang dan bagi tahun 2022 seramai 54 orang.