Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
100) AGRO SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana aplikasi Agro Selangor membantu petani mendapatkan bantuan?
Aplikasi Agro Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri di bawah dasar Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor iaitu kluster e-Agro yang menuju ke arah pendigitalan pertanian. Melalui aplikasi ini, warga tani di Negeri Selangor kini hanya perlu mendaftar secara dalam talian dan tidak perlu mengisi borang bantuan secara fizikal.
-
Berapa ramai pengguna yang telah mendaftar di aplikasi Agro Selangor dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan bilangan pengguna?
Sehingga 6 Februari 2025, jumlah pendaftaran dan permohonan bantuan melalui aplikasi Agro Selangor telah mencapai 85 orang. Antara usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan bilangan pendaftaran adalah dengan kerjasama promosi daripada semua jabatan dan agensi berkaitan serta akan menjalankan kaedah road show di seluruh Negeri Selangor.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menilai keberkesanan aplikasi Agro Selangor ini?
Walaupun aplikasi Agro Selangor ini baru dilancarkan pada 12 Disember 2024, jumlah trafik dan muat turun aplikasi Agro Selangor telah melebihi 1000 pengguna. Kerajaan Negeri akan terus mempromosikan penggunaan aplikasi ini kepada seluruh warga tani di Negeri Selangor bagi memudahkan permohonan bantuan dan pemakluman mengenai dasar pertanian Negeri Selangor secara digital.