Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
30) AGIHAN DAN PERUNTUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah peruntukan disediakan oleh Kerajaan Negeri yang diagihkan, mengikut kajian serta keperluan dalam pembangunan sesuatu sekolah ( SJK(t), SJK(c), SAR) ?
Pelaksanaan agihan Program Bantuan Sekolah dilaksanakan dengan mengkaji keperluan sekolah-sekolah melalui dua kaedah iaitu:
berdasarkan maklumat keperluan sekolah yang dinyatakan di dalam borang permohonan bantuan sekolah; dan
melalui mesyuarat agihan bantuan sekolah yang diadakan bersama Ahli Dewan Negeri dan wakil Pusat Khidmat masyarakat .