Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

96) AGENDA SOSIOEKONOMI BUMIPUTERA PKNS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan strategi dan inisiatif PKNS untuk membantu agenda pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera Selangor?

    Strategi dan Inisiatif PKNS untuk membantu pemerkasaan sosio ekonomi Bumiputera Selangor seperti berikut:-

     

    1. Menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui program pendidikan dan pembudayaan keusahawanan.
    2. Membangunkan sumber manusia usahawan melalui program latihan, rangkaian rakan niaga, pemantauan dan khidmat
    • Meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam sektor pembinaan melalui galakan perniagaan dan khidmat
    1. Meningkatkan penyertaan kontraktor dan vendor bumiputera dalam pembangunan yang

     

  2. Apakah pencapaian PKNS dari 2008-2013 dalam membantu golongan Bumiputera?

    Pencapaian PKNS dari tahun 2008 hingga 2013 dalam membantu golongan Bumiputera tidak dapat dinafikan melalui pendekatan pembangunan keusahawanan PKNS merangkumi pelbagai peringkat dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan sehingga golongan usahawan. Berikut adalah senarai usahawan bumiputera tersebut:-

     

    Program/

    Tahun

    Sasaran 2008

    (Orang)

    2009

    (Orang)

    2010

    (Orang)

    2011

    (Orang)

    2012

    (Orang)

    2013

    (Orang)

    Jumlah

    (Orang)

    Perintis Usahawan Sek.Ren. 240 240 240 240 240 240 1,440
    Usahawan Muda Sek.Men 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,225 7,475
    Kelab Permata IPT 2,781 2,767 2,897 0 1,328 1,633 11,406

     

    Program/

    Tahun

    Sasaran 2008

    (Orang)

    2009

    (Orang)

    2010

    (Orang)

    2011

    (Orang)

    2012

    (Orang)

    2013

    (Orang)

    Jumlah

    (Orang)

    GROW Lepasan IPT 30 30 30 19 14 123
    Sub Kon. Bumiputera Kontraktor 64 2 6 2 4 6 84
    Vendor Pengilang 23 1 2 0 0 4 30
    Ruang Pejabat (VIP) Usahawan 73 95 60 228
    Ruang Niaga Kompleks Usahawan 425 496 502 568 558 597 3146
    Akademi Usahawan Umum 2,947 1,340 854 334 319 1,586 7,380
    Jumlah   7,760 6,126 5,781 2,467 3,813 5,365 31,312
    JUMLAH KESELURUHAN 62,624
  3. Berapakah nilai projek yang diperoleh usahawan atau profesional Bumiputera berbanding nilai keseluruhan projek di bawah PKNS?

    Nilai projek yang diperolehi usahawan atau profesional berbanding nilai keseluruhan projek di bawah PKNS adalah seperti berikut :-

     

    Program/RM 2008

    ’000

    2009

    ’000

    2010

    ’000

    2011

    ’000

    2012

    ’000

    2013

    ’000

    Jumlah (RM)
    Sub Kon. Bumiputera 6,798 4,605 6,685 2,734 10,240 4,530 35,592
    Vendor 9,432 4,901 2,294 1,986 4,884 2,230 25,727
    Jumlah 16,230 9,506 8,979 4,720 15,124 6,760 61,319

     

Lampiran

Tiada Lampiran.