Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
48) AGENDA SOSIOEKONOMI BUMIPUTERA PKNS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan strategi dan inisiatif PKNS kepada bumiputera selepas perubahan kepimpinan yang baharu?
Bagi tempoh 2015 sehingga 2019 PKNS telah merangka Pelan Perancangan Strategik yang merangkumi lapan teras. Memandangkan tumpuan terhadap pembangunan usahawan terus menjadi agenda utama PKNS maka teras strategik ketujuh telah direka khas untuk pembangunan usahawan iaitu :
“Melahirkan generasi usahawan yang berjaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat”
Bagi mencapai teras strategik tersebut, sebanyak tiga strategi utama akan dilaksanakan iaitu :
i)Menyebarluas PKNS ‘Bizpoint’ sebagai jenama pembangunan usahawan yang mampan dan dinamik
PKNS Bizpoint terbukti berpotensi sebagai sebuah pusat yang berdaya maju untuk memainkan peranannya sebagai katalis pembangunan usahawan. Ianya memberikan bukan sahaja kemudahan asas bagi sesebuah perniagaan bertapak malah menjadi platform interaksi perniagaan, ruang untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran juga meluaskan jaringan usahawan. Perluasan PKNS Bizpoint adalah wajar dan beberapa gerak kerja telah dimulakan bagi memastikan objektif ini tercapai seperti berikut :
Program Pembudayaan
Program Pembangunan
Program Pemantapan
Program Jaringan
1. Perintis Usahawan (Sekolah Rendah)
2. Usahawan
Muda (Sekolah
1. Pembelian/ Penyewaan Premis Perniagaan Swasta
2. Melahirkan
1. Vendor Inkubator Payong (Pengilang Bahan-bahan Binaan)
1. VIO by PKNS (Pejabat Maya & Fizikal) 2. PKNS BizClub (Komuniti
Usahawan)
Menengah) 3. Kelab PERMATA (Mahasiswa)
4. GROW PKNS (Lepasan Siswazah)
5. Akademi MPPB (Usahawan & Bakal
Usahawan)
sekurang- kurangnya Lima (5) Usahawan Setahun (5U) 3. Retail 200 (Bidang Peruncitan)
2. Sub Kontraktor Bumiputera (Kelas G1-G5) 3. Sewaan Bilik Seminar 4. Sistem Biz Data PKNS (Pengkalan Data Usahan Secara Berpusat)
ii) Memantapkan pembangunan vendor dan Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) yang kompetitif, berkualiti dan berdikari.
Program pembangunan vendor dan SKB PKNS adalah sumber untuk PKNS memperkasakan komponen di dalam ‘supply chainnya’. Sehubungan itu kaedah, konsep dan prosedur pembangunan vendor dan SKB ketika ini diperkasakan lagi sebagai satu usaha strategik yang melengkapi hasrat PKNS untuk melahirkan produk yang berkualiti dan dalam masa yang sama membangunkan potensi usahawan bumiputera di dalam bidang pembinaan.
iii) Mempertingkatkan inisiatif-inisiatif pembentukan minda dan memperkasakan kemahiran keusahawanan
Proses melatih dan membangunkan kemahiran keusahawanan adalah berterusan, ianya dimulakan daripada peringkat yang rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi. PKNS terus komited di dalam memperkasakan dan menambahbaik modul-modul latihan keusahawanan bagi memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan.
Aspek strategik di dalam setiap program latihan juga akan dititikberatkan agar sebarang pelaburan yang dibuat akhirnya akan dapat memberikan pulangan kepada kedua-dua pihak iaitu PKNS dan usahawan bukan sahaja dalam bentuk kewangan bahkan sumber dan idea perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan.
Ke arah ini pelaksanaan program 5U telah dilancarkan di mana hasrat bagi melahirkan lebih ramai usahawan dapat direalisasikan hasil daripada bimbingan dan ‘engagement’ secara langsung oleh PKNS. Usaha ini bukan sahaja berjaya melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju malahan mampu menjadi jentera pelaburan baru PKNS di dalam bidang bukan hartanah dalam tempoh jangkamasa panjang. Peranan PKNS adalah sebagai ‘angel investor’ dimana selain memegang ekuiti, PKNS juga akan memberi bimbingan professional kepada usahawan tersebut.
Dari segi pemerkasaan kemahiran usahawan, PKNS telah mengenalpasti sektor peruncitan sebagai salah satu sektor dimana kebanyak bumiputera menjadikan ianya sebagai salah satu titik permulaan dalam bidang keusahawanan.
Usahawan akan diberi bimbingan dan latihan khusus di dalam bidang peruncitan supaya mereka lebih bersedia dari segi fizikal, mental mahupun kewangan apabila menjalankan perniagaan di pusat-pusat perniagaan yang berkelas sederhana dan tinggi. Program ini dikenali sebagai Retail 200, dan sebagai permulaan seramai 200 usahawan telah dikenalpasti dan diberi bimbingan sebagai persediaan untuk memasuki kompleks perniagaan di Detum Jelatek.
-
Apakah pencapaian PKNS pada tahun 2014 dalam membantu golongan bumiputera?
Rujuk Lampiran 1
b) Berikut adalah inisiatif dan pencapaian PKNS pada tahun 2014 dalam membantu golongan bumiputera melalui program-program pembangunan keusahawanan
Bil
Program
Kumpulan Sasar
Sasaran 2014
Pencapaian
%
Penerangan
1.
Perintis Usahawan
6 buah sekolah @ 10 peserta
60
Peserta
60
100
Pendedahan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar sekolah rendah
2.
Tunas Niaga Entepreneur
50 buah sekolah @ 25 peserta
1,250
Peserta
1,250
100
Pelajar menjalankan perniagaan selama 8 bulan melalui syarikat Sdn. Bhd yang didaftarkan di PKNS
3.
Usahawan Mahasiswa
8 buah IPT
1,320
Peserta
20
Peserta
968
16
74
80
i) Kesinambungan dari Program Protune, mahasiswa didedahkan dengan dunia keusahawanan.
ii) Mahasiswa mendaftar syarikat di SSM dan bimbingan selama 4 bulan (satu semester) menjalankan perniagaan
4.
Usahawan Siswazah (GROW)
Lepasan IPT
20
Peserta
13
65
Peserta mempunyai syarikat sendiri dibimbing penuh selama enam bulan
5.
Klinik Usahawan
Usahawan atau bakal usahawan
200
Peserta
792
396
Mengendalikan latihan dan bimbingan kepada usahawan dan bakal usahawan berhubung maklumat dan kaedah-kaedah bisnes terkini
Bil
Program
Kumpulan Sasar
Sasaran 2014
Pencapaian
%
Penerangan
6.
Retail 200
Peniaga-peniaga kecil
200
peserta
189
95
Bimbingan dan latihan kepada usahawan peruncitan untuk
bersedia menjalankan perniagaan di pusat perniagaan yang lebih berprestij dan subsidi sewa.
7.
Vendor Inkubator Payung (VIP)
Pengeluar bahan binaan
5
Syarikat baru
2
40
Membantu Usahawan Bumiputera dalam industri bahan pembinaan untuk digunakan dalam projek PKNS. Pada 2014 sebanyak 5 permohonan diterima dan 3 syarikat telah ditemuduga hanya 2 syarikat yang layak
8.
Sub Kontraktor Bumiputra
Kontraktor kelas G1 – G5
15
SKB
baru
7
47
Melatih kontraktor binaan bumiputera yang mahir dalam kerja- kerja kontrak dan mampu bersaing di pasaran. Perkhidmatan SKB di projek PKNS. Pada tahun 2014 sebanyak 20 permohonan diterima dan 10 syarikat telah ditemuduga hanya
7 syarikat yang layak
9.
5U
Usahawan
5
0
0
Program melibatkan ’engagement’ PKNS di dalam syarikat usahawan. Di peringkat perancangan modul, pengumpulan maklumat dan menjalankan kajian keberkesanan sebelum program dapat dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015.
10.
Penyewaan Ruang Pejabat/maya
Usahawan
120
Penyewa baru
88
74
Penyewaan pejabat fizikal atau maya terutama usahawan yang baharu dalam bisnes
11.
Penyewaan Bilik Seminar
Usahawan
100
penyewa
167
167
Bilik-bilik seminar di sewakan kepada usahawan yang memerlukan bagi mengadakan kursus dan seminar.
Bil
Program
Kumpulan Sasar
Sasaran 2014
Pencapaian
%
Penerangan
12.
BizClub
Usahawan
200
ahli baru
170
85
Mewujudkan satu tempat pertemuan atau hub usahawan berkumpul dan memberi nilai tambah juga sokongan kepada program BPU yang sedia ada.
13.
BizData
Peserta Program Usahawan PKNS
1,000
ahli baru
1,344
134
Bank data keusahawanan PKNS dari segi pelaksanaan, sistem pengurusan keahlian, pelaporan dan hebahan program- program yang dilaksanakan.
JUMLAH
1,645
1,967
120