Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
68) AGENDA PERLINDUNGAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan bagi agenda perlindungan sosial dan kebajikan untuk mengurangkan kadar kemiskinan Negeri?
Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai keperluan agenda perlindungan sosial dan kebajikan bagi mengurangkan kadar kemiskinan negeri. Terdapat pelbagai program kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada masa kini untuk diberikan kepada rakyat yang layak dan memerlukan melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Walau bagaimanapun, perancangan jangka panjang juga perlu disediakan khususnya kepada golongan muda yang mempunyai keupayaan dari segi fizikal, mental dan tenaga untuk keluar dari kelompok kemiskinan dengan menyertai program-program pemberdayaan atau pembangunan yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf kehidupan serta mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan dari Kerajaan Negeri semata-mata.
Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali mengenepikan golongan yang benar-benar tidak berkemampuan dan amat memerlukan bantuan kebajikan. Oleh itu diteruskan bantuan-bantuan yang bersesuaian kepada mereka yang tidak boleh diupayakan wajar diteruskan memandangkan faktor-faktor yang tidak dapat elakkan.