Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

46) AGENDA PENGURANGAN ÒCARBON FOORPRINTÓ DAN GBI (GREEN BUILDING INDEX)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai dasar dan rancangan pengurangan ÒCarbon FoorprintÓ?

    1. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah pun menyediakan Dasar Perubahan Iklim Negara. Dasar ini digubal bagi mengarusperdanakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam mengambil tindakan menangani isu perubahan

     

    Dasar Perubahan Iklim Negara akan dijadikan panduan dalam mengintegrasikan isu perubahan iklim dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan dan proses membuat keputusan; menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara lestari dan pembangunan insan; serta pemuliharaan alam sekitar.

     

    Y.A.B. Perdana Menteri juga semasa di Mesyuarat Rangka Kerja Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) di Copenhagen, Denmark tahun lepas (2009), telah mengumumkan bahawa Malaysia, dalam usahanya untuk menangani perubahan iklim di peringkat domestik, akan mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca (Green House  Gases – GHG) secara sukarela sehingga 40% melalui indikator intensiti karbon menjelang tahun 2020 berbanding dengan intensiti karbon pada tahun 2005 (nisbah pelepasan GHG dengan GDP).

     

    Kerajaan negeri Selangor akan terus mempergiatkan usaha meningkatkan  kesedaran orang awan untuk bertindak menangani perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar di peringkat negeri dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran yang  melibatkan  semua lapisan rakyat. Antara kempen yang telah dan akan diadakan adalah kempen hari tanpa beg plastik, kempen penjimatan tenaga, Green building index, menggalakkan penggunaan teknologi bersih dan teknologi hijau dan seumpamanya.

     

  2. Apakah kriteria dan insentif untuk menggalakkan bangunan yang memenuhi syarat ÒGreen Building IndexÓ ?

    1. Buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum menetapkan sebarang kriteria dan insentif untuk bangunan yang memenuhi syarat Indeks Bangunan Hijau (GBI). Setakat ini insentif untuk menggalakkan pembinaan bangunan berkonsepkan hijau hanya diberikan di peringkat persekutuan. Antara insentif yang diberikan kepada pemilik bangunan adalah dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh Sijil Green Building Index (GBI). Insentif kepada pembeli yang membeli bangunan dan rumah kediaman yang telah memperoleh Sijil GBI daripada pemaju hartanah adalah pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik. Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil

     

Lampiran

Tiada Lampiran.