Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
64) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor
(IKLIM)?Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau dengan kerjasama Jabatan dan Agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan secara berterusan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar adalah seperti berikut:
- Mengadakan kempen kesedaran awam di peringkat Negeri dengan mengadakan Sambutan Hari Alam Sekitar seperti berikut:
- Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 30 Oktober 2024;
- Sambutan Hari Bumi Bersempena Pelancaran Program Pengutipan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Negeri Selangor pada 11 Julai 2024;
- Sambutan Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa pada 14 September 2024.
2. Promosi Hebahan di platform digital dan media sosial bagi menyebarkan maklumat program/inisiatif alam sekitar Kerajaan Negeri seperti berikut;
- Membangunkan website atau portal khas iaitu lestariselangor.com.my;
- Memuatnaik maklumat atau program di media sosial;
- Menggunakan platform seperti billboard, poster dan lain-lain untuk menyebarkan informasi berkaitan alam sekitar;
- Hebahan program E-waste dan Kempen Bebas Plastik
di website PBT Negeri Selangor. - Penganjuran Bengkel/Kursus yang melibatkan Jabatan dan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan serta komuniti.
- Bengkel Kesedaran Pembangunan Lestari Melalui Permainan Pembelajaran Simulasi pada 15 Jan 2024 dengan penyertaan Jabatan, Agensi dan Komuniti terpilih.
3. Program Kesedaran Komuniti di Peringkat Tempatan. Antara program yang diadakan adalah seperti berikut:
- Program Eco Free Market Komuniti yang telah diadakan pada Feb dan Ogos 2024 bersempena Hari Tanpa Kenderaan;
- Program Low Carbon School Peringkat Subang Jaya yang telah diadakan pada 11 September 2024.
4. Kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sektor Swasta untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program kesedaran awam dan pendidikan alam sekitar. Antara program yang telah diadakan adalah seperti berikut:
- Program Kerjasama dengan Syarikat GCH Retail Sdn Bhd atau GIANT bagi Program Pengutipan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-waste);
- Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bekerjasama dengan PETRON Malaysia dan PETRONAS bagi meningkatkan kesedaran tabiat pelupusan elektrik dan elektronik (e-waste) dengan cara betul menerusi program pengumpulan e-waste secara pandu lalu.
5. Pelaksanaan Inisiatif Tanggungjawab Korporat (CSR) oleh sektor swasta yang memfokuskan kepada pemuliharaan alam sekitar, seperti program penanaman pokok, pembersihan pantai, dan pendidikan alam sekitar.
6. Pemberian Geran Kecil Alam Sekitar dan Geran Kecil Teknologi Hijau oleh Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan akses pembiayaan kepada kepada pihak komuniti untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar seperti program kebun komuniti, pemasangan lampu solar dan panel solar dan lain-lain.
7. Pengiktirafan Inisiatif Hijau kepada komuniti dan industri tempatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengiktiraf penyertaan dan komitmen tinggi terhadap amalan hijau seperti berikut;
- Perhargaan kepada Premis Perniagaan Peserta Program Bebas Plastik;
- Penghargaan kepada Syarikat dan Pemilik Bangunan Bagi Program LCCF;
-
Berapakah perbelanjaan yang telah dibelanjakan daripada peruntukan sebanyak RM800,000 untuk tahun 2024 dan untuk tujuan apa?
Untuk makluman, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau telah memperuntukkan sebanyak RM800,000 yang dikhususkan kepada penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor. Pusat ini telah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 30/2024 dan disahkan pada MMKN Ke 31/2024 bertarikh 30 Oktober 2024. Perincian perbelanjaan bagi peruntukan ini adalah seperti berikut: