Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

116) AGAMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Manifesto Barisan Alternatif dalam Pilihan raya ke-12. Mewujudkan Institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam. Bilakah perkara ini akan dilaksanakan?

    Kerajaan negeri telah mengadakan Jawatankuasa Manifesto kerajaan melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi mengkaji pelaksanaan manifesto. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim, YB. Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam dan YB. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew telah ditugaskan untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam buat masa ini.

  2. Apakah bentuk institusi yang dicadangkan bagi pelaksanaan perkara ini?

    Sama seperti di Sub(a).

  3. Berapakah peruntukan yang akan digunakan bagi melaksanakan perkara ini?

    Sama seperti di Sub(a).

Lampiran

Tiada Lampiran.