Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
330) AED
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mewajibkan pemasangan AED di semua premis awam dan swasta, termasuk di kompleks perumahan bagi mengatasi masalah serangan jantung di kalangan komuniti?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui Worldwide Medivest Sdn. Bhd. akan memasang satu unit Defibrilator Luaran Automatik (AED) di setiap premis milik Kerajaan Negeri Selangor seperti di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (B.S.S.A.A.S), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Kuarters Kerajaan dan Bangunan Sultan Idris Shah bermula pada suku pertama tahun ini.
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri juga akan menyediakan Garis Panduan (GP) Penyediaan AED di Negeri Selangor berhubung tatacara pemasangan AED di premis-premis baru dan sedia ada terutamanya di kawasan tumpuan awam seperti pusat beli-belah, pusat sukan dan taman rekreasi. GP ini akan diedarkan kepada semua Jabatan dan Agensi berkaitan seperti PBT, PDT dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi cadangan penambahbaikan sebelum Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menjadikan salah satu syarat wajib pemasangan AED di premis awam dan swasta di Negeri Selangor.