Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

44) ADUN DAN PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerjasama antara ADUN dan Pejabat Daerah yang mantap akan meningkatkan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat: Apakah garis panduan kerja yang telah disediakan oleh kerajaan bagi Pejabat Daerah dalam konteks kerjasama dengan ADUN?

    Pejabat Daerah diminta melibatkan ADUN di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan
    Daerah setiap bulan bagi membincangkan isu-isu setempat. Pandangan ADUN sebagai
    wakil rakyat harus diambil kira.

  2. Apakah garis panduan yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi membolehkan ADUN memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di DUN menepati bajet yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri?

    Setakat ini tiada garis panduan khusus bagi membolehkan ADUN memantau projekprojek pembangunan. Pemantauan dibuat oleh Pejabat Audit berdasarkan garis
    panduan kewangan Kerajaan Negeri.

  3. Adakah panduan dari kerajaan kepada Pejabat Daerah bagi memberi ruang agar beberapa projek bagi manfaat rakyat didahulukan berdasarkan daripada syor dan cadangan daripada ADUN?

    ADUN boleh memberi pandangan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah
    dan juga Dialog Bajet.

Lampiran

Tiada Lampiran.