Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
109) ADUAN TERHADAP PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN SAMPAH DOMESTIK
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan aduan kutipan sampah domestik yang diterima oleh setiap PBT dan KDEBWM pada tahun 2022. Nyatakan juga bilangan rumah kediaman yang ada di kawasan pentadbiran setiap PBT pada tahun 2022.
Jumlah aduan kutipan sampah domestik yang diterima oleh setiap PBT dan KDEBWM bagi tahun 2022 yang diterima melalui pelbagai medium seperti Sistem SISPAA dan i-Clean serta jumlah bilangan rumah kediaman mengikut kawasan pentadbiran PBT negeri Selangor adalah seperti di jadual yang berikut:
PBT Bilangan Aduan Kutipan Sampah Domestik Bilangan Pegangan Rumah Kediaman KDEB PBT MBSA 732 573 227,859 MBSJ 1,143 945 123,203 MBPJ 223 153 193,262 MPK 979 967 193,895 MPAJ 329 1,011 181,894 MPS 1,782 1,426 163,861 MPKj 1,184 1,051 298,300 MPSp 110 487 114,442 MPKS 267 49 64,950 MPHS 199 75 94,104 MPKL 199 77 70,367 MDSB 35 27 14,848