Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
190) ADUAN SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah keberkesanan talian Hot Line ini?
Merujuk kepada soalan YB Lembah Jaya. Pihak Kerajaan Negeri tidak mewujudkan talian Hot Line tetapi talian bebas tol (toll free) bagi aduan berkaitan sampah logistik yang telah diguna pakai sejak 17 Januari 2012.
Keberkesanan talian ini adalah meliputi semua aduan berkaitan aduan sampah logistik yang diterima dari kawasan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) seluruh Negeri Selangor. Pihak yang bertanggungjawab (unit aduan,Bahagian Korporat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) menerima aduan ini akan merekod dan mengambil data pengadu seperti nama, alamat pengadu tempat aduan serta maklumat lain. Aduan diterima akan terus dilaporkan kepada PBT dan pegawai PBT yang bertanggungjawab dengan memaklumkan situasi berkaitan sebagai rujukan. Bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan sistem ini, petugas (toll free) akan menghubungi semula pengadu bagi memastikan aduan mereka telah diambil tindakan dan diselesaikan. Manakala bagi kes aduan yang dianggap kritikal unit aduan Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan turun padang bertemu pengadu dan melihat sendiri permasalahan yang timbul. Semua pengadu yang ditemui diberi cenderahati sebagai tanda terima kasih daripada Kerajaan Negeri Selangor atas aduan yang telah dikemukakan.
-
Sepanjang talian ini diperkenalkan, berapa banyakkah aduan rakyat yang dapat diselesaikan?
Bagi tempoh 17 Jan-Jun 2012, sebanyak 1203 aduan telah diterima oleh Unit Aduan bebas Tol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Semua aduan tersebut dianggap telah diselesaikan berdasarkan panggilan semula kepada penggadu bagi memastikan status aduan yang telah di ambil tindakan oleh pihak
PBT berkaitan. Berikut disertakan jadual jumlah aduan menikut PBT di Negeri Selangor;
JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN MB SHAH ALAM 72 41 41 18 9 12 MB PETALING JAYA 34 29 78 10 11 14 MP SUBANG JAYA 6 6 18 5 9 4 MP KAJANG 103 30 77 42 14 28 MP SELAYANG 14 25 116 28 20 13 MP KLANG 22 15 42 16 12 19 MP AMPANG JAYA 6 10 54 9 8 7 MP SEPANG 5 1 12 3 4 1 MD KUALA SELANGOR
1 3 0 0 0 0 MD SABAK BERNAM 1 3 2 0 0 0 MD HULU SELANGOR 3 1 0 0 1 0 MD KUALA LANGAT 2 5 5 1 0 2 JUMLAH 269 169 445 132 88 100