Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

17) ADUAN SAMPAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak aduan sampah telah diterima STARS serta sistem aduan setiap PBT pada tahun 2016 dan 2017 dan bagaimana masalah kutipan sampah di kawasan kampung tradisi, kampung bagan dan tempat-tempat lain yang tidak terletak di bawah kawasan pentadbiran PBT dapat diatasi?

    Jumlah aduan sampah yang telah diterima STARS pada tahun 2016 dan 2017 seperti berikut:-

    BIL. BULAN BILANGAN ADUAN
    2016 2017
    1. JANUARI 2 40
    2. FEBRUARI 11 11
    3. MAC 6 6
    4. APRIL 8
    5. MEI 9
    6. JUN 6
    7. JULAI 380
    8. OGOS 38
    9. SEPTEMBER 34
    10. OKTOBER 12
    11. NOVEMBER 18
    12. DISEMBER 16
    JUMLAH 540 57

               ***Sumber: Bahagian Korporat, Pejabat SUK Selangor

    Kawasan kampung tradisi, bagan dan tempat-tempat yang tidak terletak di dalam kawasan operasi PBT adalah secara prinsipnya tidak diberi perkhidmatan kutipan sampah dan pengurusan sampah tersebut diurus oleh penduduk kampung masing-masing. Namun, terdapat juga PBT yang berkemampuan seperti MBSA, MBPJ dan MPSJ yang telah melantik kontraktor bagi pengurusan sampah di kampung-kampung dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

     

    Ada juga PBT yang menggunakan kaedah penempatan tong sampah berpusat (diletakkan di tepi jalan utama) digunakan bagi memudahkan kutipan oleh kontraktor semasa melalui kawasan tersebut. Tong sampah tersebut diletakkan di lokasi yang bersesuaian supaya lori sampah PBT dapat mengutipnya.

    Sehubungan itu, bagi tujuan menjaga kebersihan kampung, semua Ahli YB adalah digalakkan membuat program gotong royong bersama-sama Ahli Majlis, ketua kampung serta penduduk dengan peruntukan yang diberikan melalui PBT. Antara contoh pelaksanaan program gotong royong yang telah dijalankan bertemakan “Terjah Denggi” di seluruh daerah Negeri Selangor pada 16 November 2014 lalu melibatkan kerjasama EXCO, Datuk Bandar/YDP, Pegawai Daerah, ADN, Ahli Majlis dan penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.