Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
46) ADUAN RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah aduan yang diterima melalui sistem STARS mengikut daerah dan berapa banyakkah yang sudah diselesaikan ?
Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) merupakan satu mekanisme yang
digunakan oleh Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi
melancarkan aktiviti pengurusan aduan awam. Sistem yang telah dilancarkan pada 13
Julai 2007 ini boleh diakses 24 jam sehari secara online.
Berikut merupakan statistik penerimaan aduan melalui STARS mengikut daerah bagi
tempoh di antara 13 Julai 2007 hingga 31 Mac 2010:
Jadual 1 : Statistik Penerimaan Aduan STARS Mengikut Daerah (2007-2009)
* Sehingga 31 Mac 2010
Berdasarkan statistik, Daerah Petaling merupakan penerima aduan tertinggi dalam
tempoh yang dimaksudkan iaitu 557 aduan atau 20.60% dari keseluruhan aduan.
Manakala Daerah Sabak Bernam pula merupakan penerima aduan terendah dengan
penerimaan 90 aduan atau 3.33%. Sungguhpun begitu, tiga daerah lain iaitu Gombak,
Hulu Langat dan Klang turut menyumbang penerimaan aduan yang tinggi.
DAERAH/TAHUN
BILANGAN ADUAN
2007 2008 2009 2010* JUMLAH %
GOMBAK 26 132 287 34 479 17.71
PETALING 43 196 255 63 557 20.60
HULU LANGAT 38 115 198 56 407 15.05
KLANG 38 138 145 53 374 13.83
KUALA SELANGOR 18 50 136 17 221 8.17
KUALA LANGAT 17 24 121 33 195 7.21
HULU SELANGOR 16 44 110 25 195 7.21
SEPANG 44 47 74 21 186 6.88
SABAK BERNAM 6 9 66 9 90 3.33
JUMLAH 246 755 1,392 311 2,704 100.00
Dari segi penyelesaian, berikut dikemukakan statistik yang berkaitan:TAHUN
STATUS ADUAN
Terima Selesai % Dalam Tindakan %
2007 246 209 84.96 37 15.04
2008 755 638 84.50 117 15.50
2009 1,392 1,256 90.23 136 9.77
2010* 311 135 43.41 193 56.59
JUMLAH 2,704 2,238 82.77 483 17.86
Jadual 2 : Statistik Penyelesaian Aduan STARS Mengikut Tahun
** Data di atas melibatkan aduan yang dikendalikan oleh Bahagian Korporat, Pejabat
SUK Selangor sahaja.
Secara keseluruhan, sejumlah 2,238 aduan atau 82.77% telah berjaya diselesaikan.
Manakala, baki 483 aduan atau 17.86% masih lagi dalam tindakan jabatan/agensi.
Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku urus
setia/penyelaras STARS sentiasa memantau dan melaporkan prestasi penyelesaian
aduan ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengaduan Awam Negeri Selangor
(JAKPAN) yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.