Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
68) ADUAN RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah landasan bagi rakyat Selangor menyalurkan aduan berkenaan permasalahan jabatan dan agensi kerajaan?
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan sebagai landasan bagi rakyat Selangor menyalurkan aduan berkenaan permasalahan jabatan dan agensi kerajaan iaitu:
- Melalui surat
- Kaunter Bahagian Korporat / Walk-In
- Laman Web (Portal STARS di http://stars.selangor.gov.my
- E-mel (aduan@selangor.gov.my)
- Telefon
- Faksimili
- Hotline
Aduan-aduan yang diterima melalui saluran-saluran di atas akan dimasukkan ke dalam Portal Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS). Portal STARS adalah portal rasmi Pengaduan Awam Negeri Selangor yang dikawalselia oleh Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Portal STARS menawarkan perkhidmatan pengurusan aduan atau maklumbalas secara dalam talian. Portal STARS disediakan bagi memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang permasalahan mereka secara online menerusi internet. Semua masalah yang diterima akan disampaikan juga secara online kepada organisasi pelaksana yang berkaitan. Melalui penggunaan Portal STARS aduan orang ramai boleh disalurkan secara elektronik kepada organisasi yang terlibat menerusi satu portal sahaja.
-
Berapakah jumlah aduan yang telah diterima sepanjang tahun 2015 mengikut jenis masalah?
Jumlah aduan yang telah diterima sepanjang tahun 2015 (sehingga 22 Oktober 2015) mengikut jenis masalah adalah seperti berikut:-
Bil. Jenis Masalah Jumlah Aduan 1. Alam Sekitar 105 2. Sampah 89 3. Bangunan 38 4. Infrastruktur 159 5. Jalan Rosak 151 6. Kacau Ganggu 153 7. Kegagalan Penguatkuasaan 143 8. Kegagalan Mengikut Prosedur 50 9. Kekurangan Kemudahan Awam 30 10. Perkhidmatan 175 11. Kepimpinan 3 12. Lampu Jalan 37 13. Longkang 85 14. Perniagaan Tanpa Lesen 15 15. Rasuah/Penyelewengan 6 16. Tanah 46 17. Tindakan Tidak Adil 26 18. Air 68 19. Banjir 20 20. Salahguna Kuasa/Penyelewengan 4 21. Tanah Runtuh 2 22. Salahlaku Anggota Awam 3 23. Kelewatan/Tiada Tindakan 93 24. Pelbagai 178 JUMLAH 1,679