Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

219) ADUAN PENGGUNA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik aduan isu kepenggunaan di Selangor mengikut kategori pada tahun 2014?

    Segala aduan berkaitan isu kepenggunaan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Berikut adalah Statistik aduan isu kepenggunaan di Selangor yang diperolehi daripada KPDNKK Negeri Selangor:

    BIL. KATEGORI JUMLAH
    1. PENIPUAN PERKHIDMATAN 984
    2. PENIPUAN HARGA 563
    3. PENIPUAN TRANSAKSI INTERNET 237
    4. JUALAN BAHAN PETROLEUM 203
    5. TIADA TANDA HARGA 158
    6. BENGKEL KENDERAAN BERMOTOR 166
    7. PENIPUAN GORES & MENANG 71
    8. PENYELEWENGAN JUALAN LANGSUNG 120
    9. PENIPUAN PERJANJIAN SEWA BELI 144
    10. BARANG TIRUAN 91
    11. IKLAN MENGELIRUKAN 80
    12. PENIPUAN ALAT TIMBANG DAN SUKAT 39
    13. AKTIVITI MENYOROK BARANG KAWALAN 47
    14. CETAK ROMPAK 52
    15. JUALAN MURAH 19
    16. TANDA HALAL 28
    17. GAGAL MEMATUHI AWARD TRIBUNAL TUNTUTAN

    PENGGUNA

    21
    18. BERURUSAN BARANG KAWALAN TANPA LESEN 14
    19. HALAL 8
    20. KESELAMATAN PERMAINAN KANAK-KANAK 8
    21. PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI 0
    JUMLAH 3,053

     

  2. Apakah langkah kerajaan negeri untuk menangani isu-isu tersebut?

    Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak KPDNKK dalam memberikan kesedaran kepada Pengguna di Negeri Selangor melalui Program Kepenggunaan yang dianjurkan mengikut daerah dan edaran risalah berkaitan hak-hak Pengguna.

    Bagi tahun 2014, sebanyak 3 Program Kepenggunaan telah di adakan iaitu di kampung-kampung di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak dengan kerjasama pihak KPDNKK dan Persatuan Pengguna.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.