Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
209) ADUAN PENDUDUK TENTANG LORI KUARI LUAR WAKTU OPERASI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa kalikah operasi penguatkuasaan dilakukan pada tahun 2024?
Rondaan dan pemantauan secara berkala dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling secara berkala. Selain itu, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) menjalankan rondaan dan pemantauan pada waktu malam bagi memastikan semua lori mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan. Pada tahun 2024, sebanyak lebih kurang 40 kali rondaan telah dijalankan oleh PTGS. Disamping itu, sebanyak lebih kurang 60 kali rondaan dan semakan telah dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.
-
Apakah tindakan pihak berkuasa bagi memastikan peraturan waktu operasi dipatuhi?
Tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan peraturan waktu operasi dipatuhi adalah dengan menetapkan jadual rondaan dan pemantauan oleh Unit Penguatkuasa bagi memastikan tiada pergerakan lori diluar waktu yang dibenarkan. Selain daripada itu, pembatalan permit pengeluaran bahan batuan atau mineral juga boleh dilakukan sekiranya pihak operator terus-menerus melakukan kesalahan dengan tidak mematuhi waktu operasi yang telah ditetapkan.
-
Apakah halangan yang menyebabkan peraturan ini tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya?
Secara dasarnya tiada halangan yang menyebabkan peraturan ini tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit cabaran bila mana terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi mata-mata (informer) kepada operator / pemandu lori ini sekiranya terdapat rondaan dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Bertindak daripada perkara tersebut, Unit Penguatkuasaan telah melakukan beberapa modus intipan dan kepelbagaian tindakan penguatkuasaan bagi memastikan operator dan juga pemandu lori ini mematuhi waktu operasi yang telah ditetapkan.