Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
224) ADUAN PENCEMARAN BAU TERHADAP SYARIKAT CN ASIA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
MBSJ telah menerima aduan pencemaran bau dan bunyi pada bulan Julai 2024 dan telah membawa aduan ini ke mahkamah, apakah tindakan daripada JAS memandangkan kes ini juga dipanjangkan ke JAS?
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan siasatan ke atas premis pada 15 Julai 2024 bagi menyiasat aduan berkaitan pencemaran bau tersebut. Siasatan JAS mendapati bahawa premis telah menjalankan aktiviti pembuatan tangki besi seperti tangki bahanapi, tangki bahan kimia, pressure vessel dan skid tank. JAS Negeri Selangor telah mengeluarkan Arahan di lapangan (Field Citation, FC) kepada pihak premis supaya memasang sistem kawalan pencemaran udara yang bersesuaian bagi mengawal pencemaran bau terutamanya semasa proses semburan fiberglass coating tank dan mengarahkan supaya sebarang kerja semburan hendaklah dibuat dalam bilik khas.
Lawatan susulan telah dilakukan oleh JAS Negeri Selangor pada 6 Februari 2025 dan mendapati bahawa pihak premis telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
- Dalam proses pemasangan alat kawalan pencemaran udara iaitu ‘carbon filter’ yang menggunakan medium ‘activated carbon’;
- mengemukakan notifikasi bagi alat kawalan pencemaran udara kepada JAS pada 17 Disember 2024; dan
- Sedang dalam proses melantik jururunding bunyi bising bagi memasang ‘noise barrier’.
-
Apakah tindakan serta-merta boleh dilakukan untuk menghentikan pencemaran seperti ini?
Bagi menghentikan pencemaran tersebut, pihak kilang hendaklah:
- memasang alat kawalan pencemaran udara yang bersesuaian bagi mengawal gangguan bau yang terhasil; dan
- memasang ‘noise barrier” bagi mengatasi isu bunyi bising.