Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
37) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
Berikut merupakan inisiatif yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Klang bagi mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang:-
Memperuntukkan sebanyak RM 5,000.00 kepada setiap Ahli Majlis kawasan bagi tujuan progam “Gempur Aedes” di kawasan masing-masing.
Mengadakan OPS Bersepadu PBT Selangor bagi tujuan membantu dalam kawalan dan pencegahan demam denggi di Daerah Klang.
Memperkasakan COMBI dalam komuniti untuk menjalankan promosi kesihatan dari rumah ke rumah dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui Ahli Majlis kawasan.
Mewujudkan OSCC (One Stop Crisis Centre) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam bagi tujuan menganalisa, merancang dan menyelaraskan kes demam denggi bagi menjalankan aktiviti kawalan yang berkesan.
-
Sila nyatakan aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam mengikut kategori dan jenis aduan daripada tahun 2018 sehingga kini di DUN Sentosa dan nyatakan berapakah jumlah aduan yang dapat diselesaikan oleh pihak MPK dan MBSA?
Jumlah aduan yang telah diterima oleh MPK dan MBSA di DUN Sentosa serta jumlah selesai adalah seperti berikut:-
Jumlah Aduan diterima di DUN Sentosa (kawasan Majlis Perbandaran Klang)
PBT Tahun 2018 MPK
Kawasan Jumlah Terima Jumlah Selesai Dalam Tindakan DUN Sentosa 2515 2494 21 PBT Tahun 2019 (Januari hingga 11 Mac 2019) MPK
Kawasan Jumlah Terima Jumlah Selesai Dalam Tindakan DUN Sentosa 584 503 81 Catatan:-
Senarai Kategori Aduan Tahun 2019 2018 Bangunan 22 81 Gangguan Bintang 77 350 Jalan 49 197 Lampu 70 476 Longkang/Parit 42 250 Kenderaan Berat 16 40 Kenderaan Buruk 28 64 Sampah 59 173 Rumput 25 69 Rumah Kosong/tinggal 4 30 Perniagaan 35 87 Pelbagai 157 698 Jumlah 584 2515 Jumlah Aduan diterima di DUN Sentosa (kawasan PBT Majlis Bandaraya Shah Alam)
PBT TAHUN 2018 SEKSYEN (KAWASAN) JUMLAH ADUAN DITERIMA JUMLAH ADUAN SELESAI JUMLAH DALAM TINDAKAN MBSA 29 221 201 20 30 523 504 19 32 2,050 2,003 47 34 141 130 11 35 660 654 6 36 402 383 19 JUMLAH KESELURUHAN ADUAN 3,997 3,875 122 PBT TAHUN JAN – FEB 2019 SEKSYEN (KAWASAN)
JUMLAH ADUAN DITERIMA
JUMLAH ADUAN SELESAI JUMLAH DALAM TINDAKAN MBSA 29 36 21 15 30 123 61 62 32 501 287 214 34 35 17 18 35 113 62 51 36 88 15 73 JUMLAH KESELURUHAN ADUAN 896 463 433 -
Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaikpulih masalah infra di jalan-jalan JKR di Daerah Klang?
Bagi penyenggaraan Jalan Negeri adalah seperti berikut:-
Pihak JKR sememangnya komited untuk menangani sebarang kerosakan jalan di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, pelbagai kaedah penyelenggaraan telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ini. Antara kaedah-kaedah penyelenggaraan yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR adalah seperti berikut:
Kontrak Jangka Panjang
Skop utama kontrak ini melibatkan kerja-kerja penyenggaraan rutin. Kerja rutin dilaksanakan mengikut kitaran serta keperluan di tapak secara bulanan. Selain itu, kerja penyenggaraan lain adalah kerja berkala pavemen dan berkala bukan pavemen, kerja penyenggaraan kecemasan serta kerja penyenggaraan elektrik mengikut keperluan dan peruntukan yang dihadkan.
Kontrak Berpusat
Melibatkan skop utama kerja membaik pulih jalan yang melebihi nilai RM500,000.00 dan telah mengalami kerosakan yang teruk. Jalan-jalan yang bermasalah akan dikenal pasti di tapak dan dikumpulkan untuk dilaksanakan kerja pembaikan di bawah kontrak ini.
Sebut harga oleh JKR Daerah
Sebut harga ditawarkan di peringkat Daerah dan juga oleh JKR Elektrik. Melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan/ baik pulih jalan dan kerja elektrik di Jalan Negeri yang bernilai di bawah RM500,000.00. Pelaksanaan dan pemantauan dibuat di JKR Daerah.
Tender/ Sebut harga khas
Tawaran tender/ sebut harga ini dibuat mengikut keperluan untuk kerja-kerja tertentu yang kritikal dan perlu dibaikpulih segera. Kos serta tempoh kontrak adalah mengikut kontrak yang telah dimeterai antara pihak kontraktor dan Kerajaan.
Bagi penyenggaraan Jalan Persekutuan adalah seperti berikut:
Kebanyakkan jalan-jalan persekutuan di Daerah Klang menjadi laluan kenderaan berat terutamanya jalan menuju ke Pelabuhan Klang yang menyebabkan jalan persekutuan rosak dengan cepat disebabkan kenaikan had beban muatan kenderaan berat yang berkuat kuasa pada tahun 2017. Sehubungan dengan itu, permohonan peruntukan berjumlah RM66.0 juta bagi kerja berkala pavemen dan bagi jalan-jalan persekutuan di Daerah Klang telah dipohon ke Kementerian Kerja Raya melalui Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Walau bagaimanapun, penyenggaraan rutin dilaksanakan melalui Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan kepada syarikat konsesi. Skop utama kontrak ini melibatkan kerja-kerja penyenggaraan rutin. Kerja rutin dilaksanakan mengikut kitaran serta keperluan di tapak secara bulanan seperti R01-penampalan potholes, R02-pembaikan bahu jalan dan lain-lain. Selain itu, kerja penyenggaraan lain adalah kerja berkala pavemen dan berkala bukan pavemen, kerja penyenggaraan kecemasan serta kerja penyenggaraan elektrik mengikut keperluan dan peruntukan yang dihadkan.