Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

361) ADUAN KILANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aduan berkenaan kilang haram dari 2008 hingga 2014 mengikut PBT

    1. Sehingga kini, aduan berdasarkan pelanggaran syarat tanah bagi kilang – kilang haram tiada diterima. Ini disebabkan oleh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang masih berlangsung menyebabkan tiada tindakan penguatkuasaan boleh diambil sehingga program ini di

    Namun begitu aduan – aduan yang berbentuk permasalahan infrastruktur telah diambil tindakan pihak PBT-PBT yang berkenaan dan permasalahan berkaitan alam sekitar telah diambil tindakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

  2. Nyatakan prosedur kerajaan negeri selepas menerima aduan dari rakyat

    1. Sekiranya suatu aduan yang diterima yang berkaitan dengan permasalahan kilang haram, Pentadbir Tanah Daerah membuat siasatan tapak bagi mengenalpasti permasalahan dan punca tindakan bagi penyelesaian permasalahan

     

    Sekiranya permasalah tersebut didapati berkaitan dengan pelanggaran syarat tanah, tindakan akan diambil dibawah Seksyen 125 hingga Seksyen 134 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Pemilik tanah akan diberi Notis Untuk Memulih Pelanggaran Syarat Tanah (Borang 7A) mengikut syarat nyata di dalam dokumen hakmilik dan didaftarkan. Jika pemilik tanah gagal memulihkan tanah dalam suatu tempoh yang diberikan oleh Pentadbir Tanah tindakan selanjutnya akan diambil sehinggalah pengeluaran Notis Perkembalian Tanah kepada Kerajaan (Borang 8A) iaitu perampasan tanah.

     

    Sekiranya permasalah tersebut didapati berkaitan dengan perancangan kawasan (zoning), tindakan akan diambil di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) oleh Jabatan Perancang oleh PBT yang berkaitan.

     

    Sekiranya permasalah tersebut didapati berkaitan dengan infrastruktur atau struktur bangunan, tindakan akan diambil di bawah Akta Parit, Jalan dan Bangunan (Akta 133) oleh Jabatan Bangunan oleh PBT yang berkaitan

  3. Senaraikan tindakan yang pernah diambil oleh kerajaan negeri dari 2008 hingga 2014

    Pihak Berkuasa Negeri (PBN) belum mengambil sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas kilang – kilang haram kerana Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran masih berkuat kuasa dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2014.

    Namun begitu, satu kajian oleh perunding dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang dilaksanakan bagi mengkaji pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran. Sebarang keputusan terhadap pelaksanaan dan halatuju program ini akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri selepas kajian ini dibentangkan oleh UIAM.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.