Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

186) Aduan Kilang Haram

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini kilang haram yang terdapat di sepanjang aliran sungai dan tadahan air di Selangor?

    Pertanyaan Yang Berhormat Kampung Tunku, Yang Berhormat Batang Kali dan Yang Berhormat Sungai Burong iaitu No. 247, No. 186 dan No. 93 akan di jawab bersekali.

    Berdasarkan bancian oleh PBT, sebanyak 869 buah kilang direkodkan berada di lokasi sumber sungai-sungai utama. Pecahan mengikut PBT seperti berikut:-

  2. Berapakah jumlah saman atau denda yang telah dikeluarkan terutamanya di kawasan Batang Kali?

    Pada masa ini, PBT Negeri Selangor sentiasa menjalankan pemantauan ke atas kilang tanpa kebenaran atau kilang haram. Sehubungan itu, bagi mengawal aktiviti tersebut Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor MMKN ke 24/2019 pada 21 Ogos 2019 di mana program pemutihan tersebut telah mula dilaksanakan mulai bulan September 2019 sehingga bulan Disember 2020. Dalam tempoh tersebut, PBT akan membuat bancian terhadap kilang haram yang ada di Negeri Selangor. Di samping itu, pengusaha kilang diberi tempoh untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan lesen yang sah dari PBT masing-masing dan memindahkan kilang ke lokasi zoning yang dibenarkan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan kadar denda atau saman ini?

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah mengeluarkan sebanyak lima (5) tindakan kompaun kepada pengusaha kilang haram di kawasan Batang Kali.

    Setakat ini, PBT Negeri Selangor menggunakan peruntukan undang-undang berkaitan yang sedia ada seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.