Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
262) ADUAN KEROSAKAN JALANRAYA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah aduan kerosakan jalan raya yang direkodkan melalui aplikasi navigasi Waze sejak ia dilancarkan Kerajaan Negeri?
Sehingga kini lebih daripada 2500 pelaporan berkaitan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor telah diterima.
-
Bagaimanakah aplikasi ini berperanan dan sejauhmanakah keberkesanannya?
Aplikasi Waze ini berperanan sebagai satu saluran alternatif kepada orang awam untuk membuat pelaporan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor.
Berdasarkan analisa yang dilakukan, kami dapat menterjemahkan keberkesanan Aplikasi Waze seperti berikut:-
- 7% telah berjaya diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- 2% masih di dalam tindakan pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- 8% merupakan penyelesaian jangka panjang yang tertakluk kepada arahan atau kepatuhan audit atau pelaksanaan secara projek. Contoh projek MARRIS.
- 4% bukan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Contoh jalan di bawah bidang kuasa JKR dan juga jalan-jalan persekutuan.
- 4% merupakan pelaporan palsu ataupun tidak tepat.
- 5% merupakan pelaporan bertindih.