Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

169) ADUAN JALAN ROSAK MENGGUNAKAN APLIKASI WAZE

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak aduan kerosakan jalan yang telah diterima dan diselesaikan melalui Waze Connected Citizens Programme? Apakah purata tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kerosakan jalan?

    Sehingga 23 Oktober 2017 sebanyak 14,887 pelaporan berkaitan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor telah diterima. Perincian adalah seperti berikut:

    1. MBPJ : 3769
    2. MBSA : 1842
    3. MPSJ : 1961
    4. MPAJ : 546
    5. MPK : 2140
    6. MPKj : 2858
    7. MPS : 957
    8. MPSp : 458
    9. MDKL : 128
    10. MDKS : 119
    11. MDHS : 82
    12. MDSB : 27
  2. Apakah purata tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kerosakan jalan?

    Secara purata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat menyelesaikan 75% pelaporan yang diterima di dalam bulan pelaporan dibuat.

    1. Service Level Agreement (SLA) PBT adalah untuk menyelesaikan pelaporan jalan berlubang dalam masa 5 hari termasuk hari pelaporan

Lampiran

Tiada Lampiran.