Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

288) ADUAN BAS PERCUMA SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan yang telah diterima berkenaan perkhidmatan ini sejak ia dilancarkan?

    1. Perkhidmatan Bas Smart Selangor merupakan perkhidmatan bas secara percuma dan diurus selia oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang dilantik dengan pemantauan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 28 Februari 2017, aduan-aduan diterima melalui telefon, emel atau pesanan ringkas (sms) secara terus kepada PBT, penyedia perkhidmatan bas ataupun sistem aduan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Sepanjang tempoh dilaksanakan, sebanyak 58 aduan telah

     

    1. Selain daripada isu kekerapan bas, informasi perjalanan, pemandu dan laluan bas, kebanyakan aduan adalah berbentuk permohonan supaya diperbanyakkan jumlah bas dan

     

    1. Dari segi pengurusan aduan, maklum balas akan diberikan secara terus bagi aduan melalui panggilan telefon, atau melalui e-mel pengadu atau secara bersurat dengan memberikan butiran serta penjelasan bagi isu-isu yang dibangkitkan. Pihak operator perkhidmatan juga telah memberikan kerjasama yang begitu baik serta mengambil tindakan sewajarnya bagi isu-isu yang berkaitan dengan etika dan disiplin pemandu, serta pengoperasian

     

    1. Secara amnya, laporan aduan berkaitan Bas Smart Selangor tidaklah menjejaskan imej perkhidmatan sedia ada malah ianya lebih bersifat positif dalam memperbaiki serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan dari semasa ke

     

  2. Sejauh manakah kejayaan Kerajaan Negeri menyelesaikan aduan yang telah diterima?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.