Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
109) ADNS PELABUHAN KLANG DIISYTIHARKAN KOSONG AKIBAT KETIDAKHADIRAN ADNSNYA KE SIDANG DEWAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah peruntukan perlembagaan yang mewajarkan kerusi ahli DNS diisytiharkan kosong?
- Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah peruntukan yang berkaitan. Ianya memperuntukkan seperti berikut :-
Ketidakhadiran seseorang ahli
LXIX. Jika seseorang ahli Dewan Negeri tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada tiap-tiap persidangan Dewan selama tempoh 6 bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker.
-
Apakah implikasi dari pengisytiharan Mahkamah bahawa ahli Dewan Pelabuhan Kelang masih kekal ?
- Memandangkan mahkamah telah mengisytiharkan bahawa ahli Dewan Pelabuhan Kelang masih merupakan ahli Dewan Negeri yang sah, maka keputusan tersebut wajar dihormati sehinggalah mahkamah membuat keputusan di atas rayuan yang dikemukakan oleh Y.B. Dato’ Speaker. Oleh yang demikian, tertakluk kepada keputusan rayuan, maka kedudukan ahli Dewan Pelabuhan Kelang masih kekal buat masa
-
Tidakkah mahkamah mencabul hak dan kedudukan Dewan Negeri Selangor?
- Memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah, maka soalan (c) ini tidak wajar dibincang dan dijawab. Ianya selaras dengan Peraturan 23(1)(g) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor yang memperuntukkan seperti berikut :-
23. (1) Tiap-tiap pertanyaan itu hendaklah menepati peraturan-peraturan yang tersebut di bawah ini :
(g) sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan ayatnya yang mengandungi prasangka terhadap perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah atau tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan Mahkamah;