Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

50) ADAT ISTIADAT MELAYU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah ada usaha kerajaan negeri untuk mengenal pasti kesenian kebudayaan yang akan ditonjolkan sebagai aktiviti kesenian dan kebudayaan rasmi Negeri Selangor?

    1. Usaha mengenal pasti kesenian kebudayaan negeri Selangor dilakukan  secara  berterusan supaya ianya mempunyai kesinambungan. Untuk itu usaha  jangka  pendek yang sedang giat dilaksanakan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri  Selangor (PADAT) melalui Karnival Adat Rakyat Negeri Selangor yang  akan  diadakan pada 23 hingga 25 April 2010 di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam bersempena dengan Majlis Pelancaran PADAT yang akan disempurnakan olrh DYMM Sultan Selangor pada 24 April 2010 jam 8.00 malam di Stadium Malawati Shah

     

    Majlis pelancaran akan diadakan dengan penuh adat istiadat yang akan merupakan bench marking kebudayaan Selangor bagi program yang berteraskan budaya yang akan dilaksanakan kemudiannya. Reka bentuk pentas utama majlis perasmian juga bercirikan warisan kesenian Selangor yang akan diangkat menjadi ikon negeri Selangor. Konsep keseluruhan majlis pelancaran berteraskan adat dan warisan  Selangor  merupakan  langkah awal kerajaan negeri dalam mengangkat sesuatu warisan yang  dimiliki  oleh  negeri sebagai kesenian dan kebudayaan rasmi negeri Selangor.

     

    Antara program yang disusun bagi mengetengahkan kesenian  kebudayaan  negeri Selangor ialah melalui pemasaran produk kraf Masyarakat Asli Pulau Carey yang terkenal dengan anyaman dan ukiran kayu, persembahan tarian negeri Selangor iaitu tarian Pooja, tarian Pattenun dan tarian Zapin Selangor yang telah diangkat sebagai tarian  warisan negeri Selangor. Manakala pameran tekstil warisan Selangor iaitu telepuk dan kelingkan akan turut mengambil tempat dalam Karnival Adat Rakyat Selangor selain pakaian tradisional Selangor iaitu Baju Sikap Selangor dan Baju Kebaya Selangor.

     

    Aspek makanan pula, karnival Adat ini akan menonjolkan beberapa keunikan makanan warisan yang terdapat di Selangor seperti Nasi Ambeng, satay Kajang dan satay Banting, air Selangor, putu beras, kuih kacau, halwa, sambal taun  dan  kepelbagaian  masakan yang menjadi warisan Selangor.

     

     

     

     

    Rancangan jangka panjang bagi pengenalpastian kesenian kebudayaan Selangor  pula telah dimasukkan ke dalam rancangan utama PADAT untuk tempoh Mac 2010 hingga Februari 2013 antaranya:

     

    1. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas PADAT. Hasil penyelidikan berkaitan adat Melayu dan warisan negeri akan

     

    1. Konvensyen Adat Melayu Selangor perlu diadakan setahun sekali. Pelaksanaannya sama ada pertengahan tahun atau hujung

     

    • Perwujudan Desa Budaya di Shah Alam untuk mengetengahkan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor.

     

    1. Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama termasuk di Asia dan peringkat

     

    1. Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran perlu

     

    1. Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur selain

     

    • Lawatan kerja rasmi dalam dan luar negara utama terpilih untuk melihat amalan membangun dan mempromosi adat dan

     

    • Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran semua muzium di bawah PADAT. Pengubahsuaian daripada segi peragaan ekshibit iaitu penambahbaikan maklumat di seluruh ruang pameran perlu dilaksanakan

     

    1. Mengujudkan Pintu Gerbang Selangor di setiap pintu masuk. Sehubungan itu, perkampungan budaya perlu diwujudkan dengan jualan produk kraf selain produk IKS yang melambangkan identiti Selangor. Projek ini diharap dapat menonjolkan ikon Selangor di setiap perkampungan budaya yang diwujudkan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.