Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

170) 9 PROJEK TEBATAN BANJIR BERMASALAH (SAKIT) TERMASUK RBT DUN SUNGAI KANDIS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan selanjutnya pihak kerajaan Selangor berkaitan Projek Tebatan Banjir yang bermasalah ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setiap projek yang bermasalah akan dipantau dengan teliti dalam pelaksanaan di tapak. Untuk makluman, Projek Tebatan Banjir Sungai Kandis (Fasa 2), Daerah Klang dikategorikan sebagai projek lewat disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan utiliti yang perlu dilaksanakan oleh pihak ketiga iaitu Gas Malaysia. Kerja pengalihan ini juga dijangka bermula pada bulan November 2024 yang akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan. Walau bagaimanapun, kontraktor yang telah dilantik sedang melaksanakan kerja di kawasan yang tidak terlibat dalam jajaran pengalihan utiliti tersebut bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Berikut adalah perincian Projek Tebatan Banjir Sungai Kandis (Fasa 2):-

     

  2. Berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk Projek Tebatan Banjir DUN Sungai Kandis?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM39.1 juta untuk melaksanakan projek dan kerja mitigasi banjir di DUN Sungai Kandis bagi tujuan mengurangkan risiko dan impak banjir di kawasan sekitarnya. Perincian pelaksanaan projek dan kerja yang terlibat adalah seperti berikut:-

     

  3. Apakah impak RTB yang sakit ini kepada kerajaan Selangor secara keseluruhannya?

    Impak projek yang bermasalah sememangnya akan mengakibatkan penduduk berada dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan kejadian banjir yang mungkin berlaku semasa projek sedang berjalan. Walau bagaimanapun, JPS Negeri Selangor sentiasa bersedia dalam memastikan impak tersebut berada dalam keadaan minima dan tidak memberi kesan yang teruk kepada penduduk sekitar. Projek yang bermasalah juga boleh mengakibatkan pertambahan kos kepada Kerajaan Negeri secara amnya di mana pelaksanaan kerja bagi mengurangkan risiko banjir semasa perlu dilaksanakan di luar kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.