Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
103) 5G
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah agensi dan syarikat yang terlibat dalam pemasangan menara telekom 5G di Selangor?
Berdasarkan semakan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pembangunan rangkaian 5G di Selangor diuruskan oleh pihak Digital Nasional Berhad (‘DNB’) di mana bagi memastikan kadar pelaksanaan yang pantas dan kos pelaksanaan yang optimum, kaedah penggunaan serta perkongsian struktur menara sedia ada atau yang sedang dibangunkan diguna pakai.
Pada waktu ini, sebanyak 57 syarikat yang terlibat dalam pemasangan struktur menara 5G di Selangor. Syarikat-syarikat ini merupakan pemegang lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian [’NFP (I)’] di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Senarai syarikat adalah seperti di bawah:
No Nama Syarikat No Nama Syarikat 1. Digi Telecommunications Sdn Bhd 30. Network Facilities Sdn Bhd 2. Maxis Broadband Sdn Bhd 31. Nexgen Ventures Sdn Bhd 3. Telekom Malaysia Berhad 32. NST Datacara Sdn Bhd 4. Threesixty Technologies Sdn Bhd 33. Numix Engineering Sdn Bhd 5. ABT Netwoks Sdn Bhd 34. OCK Telco Infra Sdn Bhd 6. Acoda Towers Sdn Bhd 35. Ofisgate Sdn Bhd 7. Alpha Orange Sdn Bhd 36. Omnix (M) Sdn Bhd 8. Anjur Ekar Sdn Bhd 37. Orissa Wicomm (M) Sdn Bhd 9. Areno Resources Sdn Dhb 38. OSI Technology Sdn Bhd 10. Argus Intan Solution Sdn Bhd 39. Prasarana Niaga Sdn Bhd 11. Bangkit Setia Sdn Bhd 40. Riyyalcomm Sdn Bhd 12. BH Network Sdn Bhd 41. Satellite Noc Sdn Bhd 13. Bullish Aim Sdn Bhd 42. Sh Corps Sdn Bhd 14. Davex Lumilinx Sdn Bhd 43. Sinarkom Sdn Bhd 15. DTP Solutions Sdn Bhd 44. Skai Network (M) Sdn Bhd 16. Edgepoint Towers Sdn Bhd 45. Skyline Technology (M) Sdn Bhd 17. Edotco Malaysia Sdn Bhd 46. Somnium Technologies Sdn Bhd 18. Ennova Sdn Bhd 47. Stealth Solutions Sdn Bhd 19. Galaxie Towers Sdn Bhd 48. Tele-Flow Corporation Sdn Bhd 20. GTP Network Sdn Bhd 49. TT dotCom sdn bhd 21. Ha Megah Technology Sdn Bhd 50. Touch Mindscape Sdn Bhd 22. Inforient Infrastructure Sdn Bhd 51. Tp Works Engineering Sdn Bhd 23. ITMax System Sdn Bhd 52. Trangreen Structure Sdn Bhd 24. Justclick Vision (M) Sdn Bhd 53. Umeran Resources Sdn Bhd 25. Karya Ehsan Sdn Bhd 54. Volksbahn Technologies Sdn Bhd 26. Kub Telekomunikasi Sdn Bhd 55. Ventrix Telecommunications Sdn Bhd 27. M Telecom World Sdn Bhd 56. Xair Networks Sdn Bhd 28. Nalfin Realties Sdn Bhd 57. Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd 29. Naza Communications Sdn Bhd Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga 31 Mei 2024, liputan 5G di kawasan berpenduduk (Coverage of Populated Areas – COPA) negeri Selangor telah mencapai 96.1% dengan baki sebanyak 170 untuk dibangunkan daripada 1,844 tapak 5G di seluruh negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah kos yang terlibat dalam peringkat negeri dan PBT untuk memperluaskan liputan 5g?
Dari segi memperluaskan liputan 5G, pelaksanaan rangkaian 5G ini telah pun mencapai 80% COPA (Liputan Kawasan Berpenduduk) dan dijangka peratusan tersebut akan terus meningkat menjelang akhir tahun 2024. Walau bagaimanapun, rangkaian 5G telah melebihi 95% liputan di lokasi bandar utama antaranya di Kuala Lumpur, Putrajaya, Georgetown serta Cyberjaya di mana kesemua 5 syarikat telekomunikasi rangkaian mudah alih utama telah menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada semua pelanggan mudah alih pra-bayar atau pasca bayar dengan kebanyakan kos di dalam memperluaskan liputan 5G ini ditanggung oleh syarikat telekomunikasi dan juga Digital Nasional Berhad.
Manakala, Kerajaan Negeri melalui SMARTSEL Sdn Bhd menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak telekomunikasi dan Digital Nasional Berhad untuk memastikan matlamat pelaksanaan rangkaian 5G ini dapat dicapai dan dinikmati oleh seluruh penduduk Negeri Selangor sama ada di bandar atau di luar bandar.
-
Apakah rancangan kerajaan dengan adanya 5G dan AI untuk menghasilkan produktiviti warga kakitangan kerajaan?
Kerajaan Negeri sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa dan menitikberat amalan pendigitalan di dalam memastikan produktiviti Kakitangan Kerajaan Negeri. Oleh itu, di dalam perancangan Kerajaan Negeri, satu pelan tindakan berdasarkan teknologi 5G sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri melalui SMARTSEL Sdn Bhd, sebagai satu komitmen di dalam mentransformasikan teknologi bagi memanfaatkan teknologi baharu selaras dengan Rancangan Selangor-1 yang mengetengahkan tadbir urus pintar dan efektif bagi mencapai aspirasi Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur.