Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

206) 30% KUOTA WANITA DALAM GLC

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peratusan Wanita dalam tahap pengurusan dalam GLC Negeri Selangor (termasuk MBI).

    Sebanyak 52.21% (bersamaan 401 orang daripada 768 orang) adalah penjawat Wanita di dalam tahap Pengurusan di bawah GLC Negeri Selangor di dalam Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan anak syarikat. Perincian adalah seperti berikut :-


  2. Apa cadangan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kuota wanita dalam GLC-GLC tersebut?

    Pengambilan kakitangan di MBI dan anak syarikatnya adalah berdasarkan kepada merit dan juga keperluan perjawatan tersebut. Berdasarkan kepada kedudukan semasa komposisi kakitangan wanita di MBI dan anak syarikatnya bagi kategori pengurusan telah mencapai melebihi 30% iaitu 52.21% sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam jadual di atas.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mewajibkan kod anti-gangguan seksual digunakan dalam semua GLC

    Bagi menjamin tempat kerja yang selamat dan suasana kerja yang kondusif semua syarikat di MBI adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan kod-kod perjawatan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa termasuklah Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 (Kod Amalan) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai panduan untuk mencegah gangguan seksual di tempat kerja.

Lampiran

Tiada Lampiran.