Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
49) 292 KESATUAN SEKERJA DI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan secara terperinci nama penuh kesatuan, alamat, AJK dan jumlah ahli kesatuan sekerja.
Jadual : Senarai Nama Penuh, Alamat, AJK dan Jumlah Kesatuan Sekerja Ahli adalah seperti di Lampiran A.
-
Jumlah pertikaian perusahaan setiap kesatuan dalam tempoh 5 tahun yang lalu
Pertikaian perusahaan atau “trade dispute” ditakrifkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) sebagai suatu pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubung kait dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan atau keadaan tempat pekerjaan.
Pertikaian perusahaan akan wujud apabila kedua-dua pihak iaitu majikan atau kesatuan mereka dan pekerja atau kesatuan sekerja mereka gagal mencapai persetujuan bersama terhadap isu-isu pekerjaan atau bukan pekerjaan. Kedua-dua pihak boleh menfailkanaduan pertikaian di bawah Seksyen 18 Akta 177.
Jumlah kes pertikaian perusahaan yang difailkan di bawah Seksyen 18 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi tempoh lima (5) tahun bermula 2015 hingga 2019 bagi negeri Selangor adalah seperti berikut: