Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
41) 2 MASJID BARU DI DUN KOTA DAMANSARA (MASJID KOTA DAMANSARA 2 DAN MASJID SUBANG BISTARI)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapa atau agensi manakah yang bertanggungjawab memastikan bahawa kedua-dua masjid ini akan siap pada hujung tahun 2022?
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor adalah pemilik projek manakala pihak Jabatan Kerja Raya adalah agensi pelaksanaan 2 masjid tersebut.
-
Apakah "baseline schedule" terkini untuk kedua-dua projek tersebut?
Projek-projek tersebut kini dalam proses reka bentuk oleh pihak JKR. Proses tender dijangka pada suku pertama tahun 2020.
-
Apakah mekanisma pemantauan projek ini yang sedang atau akan dijalankan untuk memastikan bahawa setiap aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar mengikut "baseline schedule"?
Mekanisma pemantauan projek yang sedang atau akan dijalankan untuk memastikan setiap aktiviti projek berjalan lancar mengikut jadual adalah dengan perbincangan-perbincangan dan pemantauan melalui mesyuarat-mesyuarat teknikal antara pemilik projek, pihak berkepentingan dan agensi teknikal.