Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
123) 124 UNIT RUMAH KOSONG YANG TIDAK DISELENGGARA DI TAMAN MATANG JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status rumah-rumah tersebut yang telah siap dan tidak diduduki sejak 10 tahun?
Pembangunan perumahan di Taman Matang Jaya, Sungai Buloh ini dibangunkan oleh pemaju – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan telah diluluskan Sijil Kelayakan Menduduki (Tetap) pada 28/5/2005 untuk cadangan 525 unit rumah Teres 2 tingkat Kos Rendah. Pembangunan perumahan kategori kos rendah perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Sebahagian pembangunan telah diduduki dan sebahagian lagi merupakan unit-unit kosong.
-
Apakah tindakan daripada kerajaan berkenaan kawasan yang tidak diselenggara yang mengganggu ketenteraman penduduk?
Pembangunan perumahan di Taman Matang Jaya, Sungai Buloh ini dibangunkan oleh pemaju – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan telah diluluskan Sijil Kelayakan Menduduki (Tetap) pada 28/5/2005 untuk cadangan 525 unit rumah Teres 2 tingkat Kos Rendah. Pembangunan perumahan kategori kos rendah perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Sebahagian pembangunan telah diduduki dan sebahagian lagi merupakan unit-unit kosong.
-
Bilakah masalah rumah tidak berpenghuni ini akan diselesaikan?
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Berdasarkan rekod terkini PKNS, hanya terdapat 22 unit rumah sahaja yang masih belum diserah milikan kosong kepada pembeli awam kerana pembeli masih belum selesai urusan pinjaman bagi membiayai pembelian rumah tersebut dan dijangka akan selesai urusan pinjaman pada Jun 2015.