Program ADN Muda Selangor

Program ADN Muda Selangor (AMS) bermula pada tahun 2013. Program tersebut merupakan inisiatif Dewan Negeri Selangor dibawah YB Speaker, YB Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad yang bertujuan untuk mendidik golongan muda tentang peranan dan tanggungjawab seorang wakil rakyat dimana mereka dapat mempelajari tentang prosedur dan proses penggubalan undang-undang di peringkat negeri dan diberi pendedahan prosiding sebenar di Dewan Negeri Selangor sebagai seorang ahli Dewan Negeri yang dipengerusikan oleh Speaker dan Timbalan Speaker.

Pada penggal ke-13, Program AMS telah diadakan dengan penglibatan peserta yang merupakan mahasiswa berumur 18-24 tahun yang menetap dan belajar di negeri Selangor. Sebanyak 11 usul telah dibahas melalui program AMS. Panel pemilih peserta AMS terdiri daripada YB Speaker, YB Timbalan Speaker dan seorang YB EXCO.

Pada penggal ke-14, Pejabat Speaker dan Pejabat Dewan Negeri Selangor menganjurkan program ADN Muda Selangor Virtual dengan kerjasama UNDI18 serta Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Subang Jaya  (MPSJ) Zon 16.

Selaras dengan kelulusan had umur mengundi kepada 18 tahun, permohonan telah dibuka kepada pelajar sekolah menengah seawal umur 15 tahun sehingga belia berumur 35 tahun. Kriteria utama pemilihan adalah peserta mewakili setiap kawasan Dewan Negeri di Selangor agar dapat membawa isu kawasan, kualiti permohonan dan keutamaan kepada kategori tertentu seperti golongan OKU dan wanita.

Program ADN Muda Selangor dijalankan secara atas talian (virtual) buat kali pertama dalam kalangan negeri di Malaysia ekoran pendemik Covid-19.

Kini, Pejabat Speaker dan Pejabat Dewan Negeri Selangor (PDNS) telah menganjurkan program ADN Muda pada tahun 2024 dengan kerjasama Persatuan Pendemokrasian Sosial (SocDem Malaysia) dan Ahli-ahli Parlimen Belia Selangor mewakili Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) serta Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kriteria pemilihan adalah kualiti usul yang dicadangkan serta kualiti permohonan terutama link video yang dikongsikan di dalam Borang Permohonan, kedua, prioriti diberikan kepada peserta mewakili kawasan Dewan Negeri masing-masing dan ketiga, mengambil kira kategori penyertaan wanita. (Tiada permohonan melibatkan golongan OKU)

Permohonan dibuka kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 35 tahun dan akan dijalankan secara fizikal selama dua (2) hari satu (1) malam di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor.

Nantikan penganjuran program AMS2025!