Pertandingan Debat Darul Ehsan Piala Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Dewan Negeri Selangor (DNS)

Pertandingan Debat Darul Ehsan Piala Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor telah diadakan buat julung kalinya pada 22 hingga 25 Julai 2024.

Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Dewan Negeri Selangor (DNS) dan telah menerima pelbagai bentuk sokongan dari Politeknik Banting Selangor (PBS), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat (PPD Kuala Langat) selaku PPD tuan rumah pertandingan debat ini.

Pertandingan ini telah berlangsung selama empat (4) hari di PBS manakala Peringkat Akhir diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz melibatkan 36 buah sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Satu piala pusingan khas telah disediakan untuk memastikan kesinambungan pertandingan Debat Darul Ehsan ini dan pemenang pertama bagi piala ini telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) sebagai Johan dan diikuti oleh Naib Johan yang dimenangi oleh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Bersempena pertandingan itu juga , YB Tuan Speaker turut meluangkan masa bersama-sama Ahli-ahli Dewan Negeri untuk meninjau kemudahan yang ada di Politeknik Banting Selangor (PBS).