Maklumat Program

Tarikh
Pusingan pertama : 14 Jun 2025
Sidang Kemuncak Dewan Muda : 28 – 29 Julai 2025

Tempat
Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor, 40680 Shah Alam, Selangor

Hasrat utama penganjuran program AMS

  • Memberi pendedahan politik kepada seramai mungkin anak-anak muda Selangor dengan mengambil kira pelbagai kategori khas seperti wanita, orang asli dan golongan OKU.
  • Memberi pendedahan awal kepada anak muda berkaitan proses penggubalan undang-undang di Dewan Negeri Selangor.
  • Meningkatkan pemikiran kritis anak muda berkenaan polisi-polisi kerajaan.
  • Memberi peluang kepada anak muda untuk mengenal ADN dengan lebih dekat.