Lawatan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Selatan

Shah Alam, 12 Ogos. Dewan Negeri Selangor telah menerima 24 pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Selatan (MPP KUS) bersama dua (2) orang guru, oleh Puan Stacy Ho Wi Saan dan Puan Yong Hui Yi. Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai sistem demokrasi dan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia kepada mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai latar belakang yang merupakan MPP KUS.

Ketibaan rombongan pada jam 10.00 pagi di hadapan bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor disambut mesra oleh Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor sebelum ahli rombongan dibawa ke Tingkat 2, Bilik Gerakan.

Lawatan tersebut telah dimulai dengan sesi ucapan dan taklimat bertajuk Pengenalan dan Reformasi Dewan Negeri Selangor yang disampaikan oleh YB Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Tuan Lau Weng San beserta sesi soal jawab.

Sepanjang sesi taklimat dan sesi soal jawab berlangsung, para pelajar telah bertanya pelbagai soalan berkaitan peranan Speaker dan Ahli Dewan Negeri beserta perkara berkaitan perjalanan Dewan Negeri Selangor.

Program diakhiri dengan sesi lawatan ke Bangunan Dewan Negeri Selangor yang terdiri daripada Galeri dan Chamber di mana Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor bersidang