Lawatan daripada SMK Sungai Ramal, Kajang melalui Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

17 Disember 2024 – Dewan Negeri Selangor telah menerima 32 orang pelajar dan guru daripada SMK Sungai Ramal bersama 3 orang wakil daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Pandan yang diatur oleh saudara Ahmad Ukail Bin Mohd Rusdhi, Penolong Setiausaha GPMS Cawangan Pandan yang juga merupakan bekas peserta Program ADN Muda Selangor 2024 .

Lawatan sambil belajar anjuran GPMS Pandan ini merupakan program pertama GPMS yang dinamakan “Jelajah Perintis: Dewan Negeri Selangor” yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang amalan demokrasi dan kenegaraan dari perspektif Dewan Negeri Selangor dan SMK Sungai Ramal merupakan sekolah pertama dan rombongan tersebut diketuai oleh Puan Fazhilah Bt Abd Manaf.

Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor YB Lau Weng San menegaskan bahawa Dewan Negeri Selangor menerajui usaha-usaha reformasi Badan Legislatif sejak tahun 2008 bagi memastikan prinsip demokrasi diamalkan dengan lebih baik, bukan sekadar — rubber stamp atau atau cap getah Eksekutif dan usaha tersebut akan diteruskan lagi pada masa akan datang, seiring dengan peredaran zaman.

YB Tuan Speaker juga telah membawa rombongan melawat ke Galeri Dewan Negeri Selangor dan menerangkan kepada para pelajar berkenaan Sejarah Negeri Selangor, terutama berkaitan penubuhan Dewan Negeri Selangor dan para pelawat berpeluang melihat alat-alat kebesaran berkaitan Dewan Negeri Selangor.