Pada 15 Oktober 2024, Jinju City Council dari Republik Korea telah mengunjungi Dewan Negeri Selangor untuk sesi perkongsian pengalaman berkenaan Badan Legislatif, terutama berkaitan penglibatan belia dan YB Speaker telah berkongsi pengalaman penganjuran Program ADN Muda Selangor 2024.
Sesi lawatan delegasi tersebut bermula jam 3 petang diketuai oleh Pengerusi Jinju City Council, Bag Seongheung dengan sesi taklimat oleh Tuan Speaker YB Lau Weng San, disusuli dengan sesi soal-jawab diruang pemerhati, di dalam Chamber Dewan Negeri Selangor.