Lawatan daripada Chungcheongnam-do Provincial Council, Republik Korea

Pada 15 Oktober 2024, Chungcheongnam-do Provincial Council dari Republik Korea telah mengunjungi Dewan Negeri Selangor untuk sesi perkongsian pengalaman berkenaan fungsi dan tatacara Badan Legislatif.

Sesi lawatan delegasi tersebut bermula jam 10.30 pagi diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pembinaan dan Keselamatan Kebakaran Bangunan Majlis Provinsi ChungCheongNam-do, Encik Ko Kwang Chul dengan sesi taklimat oleh Tuan Speaker YB Lau Weng San, disusuli dengan sesi soal-jawab dan antara perkara yang telah dibincangkan adalah sistem politik beserta sejarah negara Malaysia dan Korea Selatan.

Delegasi turut bertanya dan bertukar pandangan tentang peranan dan penubuhan jawatankuasa Pilihan/Pilihan Khas dalam proses semak dan imbang di kedua-dua negeri dan wilayah.

Delegasi turut dibawa melawat Chamber Dewan Negeri Selangor sebelum sesi lawatan berakhir dengan jamuan makan tengahari yang turut disertai YB Timbalan Speaker, YB Tuan Kamri bin Kamaruddin.