Enakmen Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009
Bahagian
Bahagian V - Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Perbadanan
Seksyen
18
Tajuk
Maka hendaklah ada suatu Lembaga Tatatertib Perbadanan
yang hendaklah terdiri daripada—
(a) dua orang anggota yang akan dipilih oleh dan daripada
anggota Perbadanan, yang seorang daripada mereka
hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dan
(b) Ketua Pegawai Eksekutif.
Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap
pegawai dan pekhidmat Perbadanan, selain daripada Ketua Pegawai Eksekutif, ialah Lembaga Tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Lembaga Tatatertib berkenaan dengan Ketua Pegawai
Eksekutif hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang
akan dipilih oleh dan daripada anggota Perbadanan, yang seorang daripadanya hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dengan syarat bahawa jika Ketua Pegawai Eksekutif adalah seorang pegawai dalam perkhidmatan awam am Persekutuan dia hendaklah tertakluk kepada Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh menjadi anggota
Lembaga Tatatertib atau Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (6) dalam apa-apa prosiding di hadapan Perbadanan atau Jawatankuasa itu yang dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang anggota yang akan dipilih oleh dan daripada anggota Perbadanan.
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, Lembaga
Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 34.
Lembaga Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7),
mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana Jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tatatertib, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Perbadanan atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dan Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah boleh melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Lembaga Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan Jawatankuasa itu.
Tiada perwakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6)
untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan menjadi anggota mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.