Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999
Bahagian
I
Seksyen
2
Tajuk
Dalam Bnakmen ini, melainkan jika konteksi1ya menghendaki makna yang lain-
“benefisiari”ertinya orang atau kurnpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu wasiat dan, berhubungan dengin hasil daripada sesuatu wasiat, termasuklah suatu tujuan agama atau kebajikan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;
“‘dilahirkan hidup” ertinya seseorang yang dilahirkan hidup menurut Hukum Syarak;
“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbirap Perundangan Islam 1989;·
”Hakim” ertinya seorang Hakim Syarie yang dilantik mengikut Enakmen Pentadbiran; .
“Hukum Syarak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“harta” termasuklah harta alih dan tak aUh, apa-apa manfaat dalam apa-apa harta alih atau tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalarp_ tindakan, sama ada pada masa seka:pmg atau pada masa hadapan
ata”Q yang selainnya memp_unyai nilai menurut Hukum Syarak;
“harta pusaka” ertinya semua harta peninggalan si mati;
“iqrar” ertinya suatu pengakµan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lis m atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia ;mempunyai obligasi ata tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak;
“Mahkamah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“marad al-maut” ertinya penyakit membawa maut yang berhubungan dengannya syarat-syarat berikut telah dipenuhi—
(a)penyakit itu mestilah menyebabkan kematian si mati;
(b)penyakit itu mestilah menyebabkan kebimbangan kematian dalam mjnda si mati; dan
(c)mestilah terdapat beberapa tanda luaran suatu, penyakit yang
”orang” termasuklah kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak; ·
“orang yang tak ·sempurna akal” ertinya-
(a) ) seseorang yang q.idapati di bawah seksyen_ 10 Ordinan Sakit Otak 1952, sebagai tak sempurna akal da1 tak daya menguruskan dirinya $endiri
dan hal ehwalnya;
(b) seseorang yang diperakui gila. oleh seorang pengamal perubatan dan oleh seorang Peg wai Perubatan di bawah seksyen 4 Ordinan Orang Gila Sabah; dan
( c) seseorang yang didapati di bawah s ksyen 5 Ordinan Kesihatan Mental 1961 Sarawak sebagai tak sempurna akal dan tak daya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya,
dan meliputi mana-map.a orang lain yang tak sempurna akal dan yang tak daya menguruskan diri;nya atau hal ehwalnya;
”qarinah” ertinya fakta yang mem_punyai kaitan denga:µ fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut
dalarri Enakmen Keterangan Syariah 1996; En. 6196.
“urf ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama aq.a dalam bentuk perkataan • atau perbuatan;
“wali harta” ertinya seseorang yang bertanggungjawab d.Li”tas pelaksanaan sesuatu wasi.at: dan termasuklah
·s( . orang yang dilantik menjadi wali harta oleh Hakim;
“waris” ertinya seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka menurut Hukum Syarak;
“wasi” ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu dan meliputi seseorang yang disifatkan sebagai dilantik menjadi wasi oleh Mahkamah;
“wasiat” ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi dita rifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan l9.67 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya niasing-masing oleh Akta itu setakat yang ertinya sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan dan ungkap n yang digunakan dala;rn Enakmen ini yang disenaraikan dalarp_ Jadual Pertama, rujukan boJehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dalam Jadual itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.