Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969
Bahagian
I - Permulaan
Seksyen
2
Tajuk
Dalam Enactment ini, melainkan jika kandongan ayat- nya menghendaki ma’ana yang lain—
“Ahli” erti-nya sa orang Ahli bagi mana² kumpulan atau kelas ahli Perpustakaan ‘Am atau mana² chawangan-nya atau pun Perpustakaan Berkenderaan dan termasok-lah Ahli² Biasa;
“Ahli Biasa” erti-nya Ahli² Perpustakaan ‘Am yang di-kenakan bayaran;
“Buku²” termasok-lah resensi². majallah², suratkhabar², charta², gambar², filem², peta² dan apa² jua chetakan atau bahan² bachaan yang lain;
“Meshuarat Agong Tahunan” erti-nya Meshuarat Agong Tahunan bagi Ahli² Biasa;
“Negeri” erti-nya Negeri Selangor;
“Pengarah” erti-nya sa-orang Pengarah yang di-lantek atau di-pileh di-bawah sekshen 5 (1), dan termasok-lah sa- orang Pengarah yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (9) sekshen 5;
“Pengarah yang di-lantek” erti-nya sa-orang Pengarah yang di-lantek di bawah sekshen 5 (1) (a);
“Pengarah yang di-pileh” erti-nya sa-orang ahli biasa yang telah di-pileh sa-bagai Pengarah mengikut peruntokan² Enactment ini dan Atoran² yang di-buat di-bawah-nya;
“Pengerusi” erti-nya sa-orang pengarah yang telah di-pileh menjadi Pengerusi Perbadanan dan termasok-lah sa-orang Pengerusi sementara yang di-lantek di-bawah sekshen kechil (9) sekshen 5;
“Perpustakaan ‘Am” erti-nya Perpustakaan ‘Am Selangor yang di-tuboh, di-urus atau di-selenggara oleh Perbadanan di bawah sekshen 12 (a);
“Perpustakaan Berkenderaan” erti-nya suatu Perpusta- kaan yang bergerak dari satu tempat ka-satu tempat di- dalam Negeri di-sabuah kenderaan yang di-sesuaikan bagi maksud yang tersebut;
“tahun kewangan” erti-nya satu tempoh yang tidak lebeh dari dua belas bulan, dan tidak kurang dari enam bulan yang berakhir pada 31 haribulan Disember
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.