Enakmen Industri Berasas Kayu 1985
Bahagian
I - Permulaan
Seksyen
2
Tajuk
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah- kaedah;
“Industri berasas kayu” ertinya sebarang industri yang menjalankan usaha memproses, mengawet atau mengering kayu atau menukar kayu kepada berbagai keluaran;
“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang
dibuat di bawah Enakmen ini;
“kesalahan di bawah Enakmen ini” termasuk, sebagai tambahan kepada kesalahan yang telah dijelaskan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya—
- apa-apa pelanggaran, atau kegagalan mematuhi mana-mana peruntukan Enakmen ini atau kaedah yang dibuat di bawahnya;
- apa-apa pelanggaran, atau kegagalan mematuhi terma-terma, syarat-syarat atau peruntukan-peruntukan mana-mana lesen, kebenaran, atau kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; dan
- apa-apa pelanggaran, atau kegagalan mematuhi apa-apa perintah, arahan, atau kehendak yang diberikan secara sah atau yang dibuat di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;
“kayu” termasuklah pokok-pokok apabila ditebang atau telah ditebang dan semua kayu sama ada dipotong, dibentuk atau dirongga ataupun tidak bagi apa-apa maksud;
“kayu bulat” ertinya mana-mana bahagian yang dipotong daripada pokok, dan yang mempunyai garis pusat tidak kurang daripada tiga puluh sentimeter pada sebelah hujungnya yang besar, yang tidak disediakan untuk digunakan selain dari membuang kulit dan dahan-dahan dan sama ada bersegi kasar atau dibahagi secara membujur yang tidak lebih dari empat keping supaya mudah diangkut atau ditukar;
“kilang buluh” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengawet, memproses dan menukar buluh, mengikut mana yang berke›naan, kepada keluaran dari berbagai bentuk dan rekabentuk;
“kilang kerja kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi memproses selanjutnya kayu, rotan dan buluh telah ditukar kepada keluaran-keluaran siap atau separuh siap selain dari kayu gergaji kasar;
“kilang kotak kayu, pak dan pallet” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya membuat kotak, pak, pallet atau peti-peti besar untuk membawa barang-barang;
“kilang lantai parket” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan kepingan-kepingan kayu dari berbagai bentuk dan saiz yang biasanya disusun dengaa bercorak untuk digunakan sebagai bahan lantai;
“kilang mancis” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukar kayu kepada bilah-bilah, yang hujungnya dibubuh campuran bahan kimia supaya mudah dinyalakan dengan haba atau geseran;
“kilang papan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh untuk menukar kayu bulat tetapi tidak termasuk gergaji menggunakan tenaga mudalih yang boleh dikendalikan dengan memegang dengan tangan;
“kilang papan bergerak” ertinya suatu kilang papan yang tidak terletak atau terikat secara kekal pada tanah
dan yang boleh dibawa den$an mudah dari suatu ,. tempat ke suatu tempat lain;
“kilang papan blok”, “kilang papan bilah” atau “kilang papan berlapis” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan papan gubah yang mengandungi teras daripada jalur- jalur kayu dari berbagai ukuran yang dicantumkan bersama dengan glu di antara venir-venir;
“kilang papan gentian” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan papan yang terdiri dari kayu yang telah dikeluarkan gentian atau pulpanya dan kemudiannya dikonsolidasi dengan tekanan, haba atau selainnya, dengan’ atau tanpa bahan pengikat dan bahan-bahan tambahan;
“kilang papan lapis” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengopek kayu balak menjadi venir bagi membuat sesuatu keluaran terpasang yang terdiri dari lapisan-lapisan kayu yang diglu atau disimenkan sekali dengan tekanan mengikut arah ira lapisan-lapisan yang bersempadan berada pada sudut tegak antara satu dengan lain;
“kilang kayu kumai” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengilang kumaian;
“kilang papan serpih” atau “kilang papan serpai” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan papan yang dibuat daripada serpihan-serpihan kayu, termasuk serpaian, tatal dan abu kayu yang telah dihancurkan sebahagiannya atau keseluruhannya dan kemudiannya dikonsolidasi dengan tekanan, haba atau selainnya, dengan atau tanpa bahan pengikat dan bahan-bahan tambahan;
“kilang papan tatal kayu” atau “kila8g papan simen kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengeluarkan suatu papan yang terdiri dari serpihan-serpihan kayu termasuk serpai, tatal dan abuk kayu yang dimampat dengan pengikat simen dan bahan-bahan tambahan;
“kilang papan wafer” atau “kilang papan ñake” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya, menukar kayu kepada wafer atau ñake dan kemudiannya mengkonsolidasi wafer atau Eake itu menjadi bahan keping dengan menggunakan resin sentetik atau lain-lain pengikat organik berserta dengan penggunaan haba dan tekanan;
“kilang perabot” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan untuk memproses selanjutnya kayu, rotan dan buluh menjadi perabot atau bahagian-bahagian perabot;
“kilang pulpa dan kertas” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi mengeluarkan gentian-gentian kayu melalui proses mekanik atau kimia dan menukar sebahagian atau kesemua gentian-gentian yang dipisahkan itu menjadi kertas, papan kertas atau keluaran-keluaran lain yang seumpamanya;
“kilang pulpa rayon” ertinya suatu jentera atau
- sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi mengeluarkan gentian-gentian kayu melalui proses mekaqik atau kimia menjadi selulosa yang amat bersih dan sesuai bagi pengilangan rayon atau lain-lain keluaran daripada selulosa;
“kilang rotan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengawet, memproses dan menukar rotan, mengikut mana yang berkenaan, kepada keluaran-keluaran dari berbagai bentuk dan rekabentuk;
“kilang venir” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengopek atau melayang kayu menjadi venir;
“loji cebis kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukar apa jua bentuk kayu kepada cebis-cebis yang hampir-hampir sama ukurannya;
“loji hidrolisis kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi menukar karbohidrat yang ada pada kayu atau bahan- bahan selulosa lain kepada gula yang kemudiannya akan ditapai untuk menghasilkan alkohol perindustrian;
“loji kayu briket” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya memampatkan abuk kayu, tatal, lebihan kayu dan arang, dengan atau tanpa bahan pengikat, untuk digunakan sebagai bahan apr;
“loji komponen-komponen bangunan kayu siap dulu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya mengilang komponen-komponen, bahagian-bahagian sesuatu bangunan yang dipasang lengkap atau struktur-struktur lain sebagai persediaan bagi pemasangannya di sesuatu tempat;
“loji pengawetan” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi mengawet kayu dengan bahan pengawet yang boleh mengurangkan rentanan kemerosotan kayu disebabkan oleh kulat, serangga, serangga pasak laut atau api;
“loji penyulingan kayu” ertinya suatu jentera atau (
sekumpulan jentera yang boleh digunakan bagi penguraian kayu dengan memanaskan tanpa hubungan udara, dan mengeluarkan terutamanya arang, sulingan tar asid piroligenous dan gas mudah terbakar;
“loji tanur pengering” ertinya suatu kebuk yang boleh menyesuaikan kayu kepada aras kandungan air yang dikehendaki melalui penggunaan proses terma, elektrik, suria dan kimia;
“loji tepung kayu” ertinya suatu jentera atau sekumpulan jentera yang berupaya menukarkan apa jua bentuk kayu melalui proses mekanik kepada zarah-zarah halus;
“pegawai hutan” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 3 Akta Perhutanan Negara 1984;
“Pengarah” ertinya Pengarah Hutan Negeri yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 3 Akta Perhutanan Negara 1984 dan termasuk seseorang Timbalan Pengarah Hutan Negeri yang dilantik di bawah seksyen itu;
“pokok” termasuklah akar, tunggul, batang, dahan, daun, belukar, palma, buluh, rotan dan tumbuhan jalar;
“tanur arang” ertinya suatu kebuk atau retort yang dibina daripada bata atau logam bagi pengkarbonan kayu untuk menghasilkan arang dan termasuklah suatu tanur tanah atau tanur lubang.
Tertakluk kepada subseksyen (1) dan melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam
Enakmen ini yang telah ditakrifkan di dalam Akta ›ikta 313.
Perhutanan Negara 1984 hendaklah mempunyai makna yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Di dalam Enakmen ini, apa-apa sebutan mengenai Enakmen ini atau sesuatu undang-undang bertulis yang tertentu termasuklah sebutan terhadap mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.