Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI - Kewangan: Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis

Seksyen

91

Tajuk

Sekatan bagi pewujudan amanah khairat
91 [1]

Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa
marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

91 [2]

Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen
ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika—

(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan mengesahkan wakaf khas atau nazr itu; dan

(b) wakaf khas atau nazr itu telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui suratcara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.

91 [3]

Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah
apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

91 [4]

Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.