Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
III - Peruntukan Am Yang Lain
Bab
4 - Darihal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Yang Lain dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan Salah
Seksyen
42
Tajuk
Bilamana mana-mana Mahkamah atau Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Enakmen ini berpendapat bahawa pengemukaan mana-mana harta atau dokumen adalah perlu atau wajar bagi maksud apa-apa penyiasatan, siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau pegawai itu, maka Mahkamah itu boleh mengeluarkan suatu saman atau pegawai itu boleh mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada orang yang dalam milikan atau kuasanya harta atau dokumen itu dipercayai berada, menghendaki orang itu hadir dan mengemukakannya atau mengemukakannya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman atau perintah itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini hanya untuk mengemukakan apa-apa harta atau dokumen hendaklah disifatkan telah mematuhi permintaan itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan dia tidak hadir sendiri untuk mengemukakannya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keterangan yang sedang berkuat kuasa atau terpakai bagi apa-apa barang pos, telegram atau dokumen lain dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.