Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Peruntukan Am Yang Lain

Bab

3 - Darihal Proses Untuk Memaksa Kehadiran

Seksyen

29

Tajuk

Saman: bagaimana disampaikan
29 [1]

Saman hendaklah, jika praktik, disampaikan kepada orang yang disaman itu sendiri dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan memberikan atau menyerahkan kepadanya suatu salinan saman itu di bawah meterai Mahkamah.

29 [2]

Tiap-tiap orang yang kepadanya saman itu disampaikan sedemikian hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pegawai penyampai itu, menandatangani penerimaan salinan saman itu di bahagian belakang saman yang asal.

29 [3]

Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai setelah usaha wajar dijalankan, maka saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan suatu salinan saman itu untuknya dengan seorang anggota keluarganya yang dewasa atau dengan pengkhidmatnya yang tinggal bersamanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.