Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
VII - Peruntukan Tambahan
Bab
4 - Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
Seksyen
196
Tajuk
Jika dibuktikan bahawa seseorang tertuduh telah tidak menghadirkan diri sehingga tiada harapan untuk menangkapnya
dengan serta merta, Mahkamah yang kompeten untuk membicarakan orang itu atas kesalahan yang diadukan itu boleh, semasa ketakhadirannya, memeriksa saksi-saksi, jika ada, yang dikemukakan bagi pihak pendakwa dan merekodkan deposisi mereka.
Mana-mana deposisi yang direkodkan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila orang itu ditangkap, diberikan sebagai keterangan terhadapnya pada perbicaraan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, jika deponen itu telah mati atau tak berupaya untuk memberikan keterangan atau kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa apa-apa kelengahan, perbelanjaan atau kesusahan yang dalam hal keadaan kes itu tidaklah munasabah.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.